Ujian Kompetensi N41 UTM

Alhamdulillah..aku melepasi peringkat ketiga untuk menuju impianku iaitu jawatan N41 di UTM Skudai.

Banyak yang dibuat untuk preparation ujian tersebut. Hahahahha..takut punya pasal kan..Google banyak pengalaman orang, susah-susah katanya.

Hari yang ditetapkan untuk batch kami adalah Isnin. Registration bermula jam 8 pagi, dan masuk ke dalam dewan. Dengar taklimat dan penerangan dari urusetia program. Tentatif diberikan dan kami juga dibahagikan kepada 8 kumpulan.

  • Pendaftaran  8 pagi
  • Taklimat urusetia
  • Pembahagian kumpulan – 8 (purata 8-9 orang)
  • Cari kumpulan masing-masing dan masuk bilik seminar yang ditetapkan untuk setiap kumpulan
    • 1st task – problem solving dalam bentuk individual public speaking (10 minutes)
  • masuk semula ke dalam dewan untuk taklimat sesi ujian yang lain.
    • 2nd task – mencipta prototype dan present dalam group depan panel 2 orang (ciptaan dalam masa 60 minit & present 10 minit)  — task paling best sebab ahli group yang sporting sangaaaaatt!!!
    • cipta roket dengan pelbagai ciri-ciri yang diperlukan.
  • rehat selama sejam
  • masuk semula dewan untuk taklimat ringkas
  • aktiviti menerbangkan roket tadi  — part best sangaaaaatt!!!
  • sesi terakhir — ujian psikometriks — berkomputer.
    • 80 soalan tentang diri — jawab berdasarkan skala SANGAT TEPAT, TIDAK TEPAT, SANGAT TIDAK TEPAT
  • UJIAN SELESAI !!

Keputusan tidak diketahui bagaiman akan diterima, jadi tunggulah dengan sabar yea 🙂

 

 

DEMAM CAMPAK + CHICKENPOX

Aduhlahhh…

Umur dan tua-tua ni Allah bagi ujian kena demam campak + chickenpox, segan juga nak cakap kat orang. Hehe..

Awalnya nampak 2-3 biji tumbuh kat badan, tapi tak terfikir ape benda, ingatkan jerawat ke Okay kalau jerawat, kita akan more jaga kebersihan la lepas ni kan. Pakai sabun yang sesuai ke,kan.. Tapi tiba-tiba 2 hari selepas tu balik kerja perasan ada berketul-ketul biji pulak kat leher. Aikk!!?? Sis dah takut la kan. Terus pegi jumpa doktor. Doktor pulak boleh tak tahu ape benda tu, padahal kat badan dah mula banyak. Doktor bagi ubat sapu je untuk tahan gatal dan antibakteria.

Malam tu dah mula rasa macam demam, sejuk-sejuk. Dan..time tu la rasa macam ‘ntah-ntah aku ni kena demam campak tak??’ Hahahha…

Thats it, esoknya tu bangun pagi (mujurlah hari Sabtu tak kerja), call my mom.

 

Me : Mak..kat badan ada biji-biji lah..kat mua macam ada sikit juga. Rasanya demam campak ni.

Mak : Apa doktor kata?

Me : Doktor pun tak tahu apa benda ?

Mak : Laa…doktor tak tahu? Tak apelah makan ubat tu.

Me : Rasa macam nak balik JB, tapi takut tak larat drive. Lagipun tak plan and tak prepare nak balik.

Mak : Haa..ok juga tu balik sini. Boleh kita pegi Klinik Kesihatan esok.

Me: Tak ape lah mak, orang makan ubat dulu, nanti tengok macam mana.

Lepas off phone tu, sis rasa ‘ok, kalau aku stay sini sorang-sorang pun, kalau betul demam campak, memang tak boleh pantang makan kalau sorang-sorang kat sini. So better aku balik JB, mak boleh pantangkan aku. Hehhehe..’

So, terus pack baju, kemas rumah serba sikit dan mesej mak ‘Mak, orang balik JB jap lagi’.

Perjalanan 4 jam tu rasa macam kejap je sebab ada tak sabar nak tahu ape benda ‘menumpang’ kat badan ni kan. Masa drive tu dah rasa gatal kat kepala & badan. Nak garu of course la tak boleh kan. Kat dalam mata pun dah naik biji & gatal.

Sampai rumah, mak cek, memang macam campak.

Esoknya pergi Klinik kesihatan, CONFIRM DEMAM CAMPAK !!! Hhahaha…

So berjuanglah kita makan ubat dan menyapu ubat di seluruh badan ye.

Bukan ubat doktor saja, semua petua i try okeh! Sapu bedak sejuk, sapu param, blend daun semambu, minum air kelapa hari-hari! Makan pun pantang, makan rebus-rebus je. 

Dengan harapan semoga semua biji tu keluar dan tak tinggal parut teruk kat muka dan badan.

Seminggu dapat MC, stay kat rumah je, tak kelaur sangat untuk elak badan berpeluh dan gatal.

 

Semoga Allah memudahkan penyembuhan ini.

 

-XOXO-

 

 

 

UKJK (UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN) PTD

Hye semua..

Semalam berakhirnya satu lagi debaran buat sis. Selama 2 bulan sis menanti tarikh ini..Tarikh yang akan menentukan samada sis akan dapat teruskan perjuangan mengejar impian memasuki sektor kerajaan atau belum ada rezeki. Tarikh untuk menghadiri Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang jadi idaman ramai orang di luar sana.

Jawatan PTD menjadi idaman,

Semoga Allah permudahkan.

Jam 7.30 lapor diri di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Angkasapuri, KL. Dah ramai orang masa tu. Sis dapat nombor 047, maksudnya sis orang yg ke 47 daftar untuk pagi tu. Lepas register, pihak urus setia akan ambil gambar kita berlima-lima ikut susunan nombor tadi. Nombor tu kena pakai kt badan sentiasa.

Lepas tu, masuk dewan tu, kena isi borang yang diperlukan dan mereka bagi briefing untuk setiap ujian yang akan dibuat.

Disebabkan hampir 100 orang calon yg ada, dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk jimatkan masa.

Bahagian 1, calon 011 hingga 030 cek BMI. Calon 031 hingga 060 buat saringan kesihatan – Blood pressure dan denyutan nadi. Calon nombor seterusnya tu buat Duduk dan Jangkau dan calon seterusnya buat Genggaman Tangan.

Perkara-perkara yang disaring:-
1) Pemeriksaan Tekanan Darah
2) Pemeriksaan Kadar Denyutan Nadi

Perkara-perkara yang diuji:-
1) Indek Jisim Tubuh (BMI)
a) Ketinggian.
b) Berat Badan.
c) Body Mass Index (BMI)
d) Syarat lulus BMI antara 19 – 29

 
2) Ujian genggaman tangan – Mengukur kekuatan statik otot tangan
3) Ujian duduk dan jangkau- Mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring

 

Bila semua calon dah selesai semua ujian 1-3 tu, semua calon dibahagikan lagi untuk 2 ujian lagi iaitu :

4) Ujian bangun tubi 1 minit- Menguji daya tahan otot abdomen
5) Ujian larian ulang alik 20 meter – Mengukur tahap pengambilan oksigen maksimum

Ujian 4 dan 5 memang makan tenaga yang lebih untuk orang yg jarang melakukannya. Sis rasa, sis susah score ujian tu sebab dah cuba sehabis mampu. Terserahlah pada Takdir. Hehe..

Ujian 4 tu ada cara yang perlu diikut, bukan seperti yang biasa kita lakukan atau tengok. Jadi, cubalah sebanyak mana cara yang boleh kita buat untuk persediaan sebelum hadapi ujian tu nanti ye.

Ujian 5 pula, ada level-level larian. Dah macam game. Mulanya perlahan, lama-lama laju dan makin laju kejar bunyi ‘Beep’ tu.

Persediaan fizikal dan mental sangat-sangat perlu sebelum hadapi ujian-ujian ini. Betapa besar impian kita, begitu juga lah besarnya persediaan yg perlu dibuat dan ujian perlu dihadapi.

Semoga kami sukses dan dapat panggilan jawatan. Amin..

SELAMAT MAJU JAYA !!

 

 

 

 

 

TEMUDUGA SPA : PEGAWAI PENILAIAN W41

Ya Allah..Lamanya sis tak update blog !!! dah 2 tahun agaknya. Ni tiba-tiba teringat sebab sis rasa nak share pasal pengalaman temuduga SPA. SPA tu tahu ape,kan? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Okey, sis terima mesej dan email dari SPA yang beritahu sis dapat jemputan untuk temuduga jawatan PEGAWAI PENILAIAN W41 di Putrajaya. Okey, sis pun dah nervous yang hamat2!!

Dan pada hari yang sama sis dapat mesej dari SPA juga memberitahu sis telah lulus peperiksaan online bagi jawatan PTD M41 dan akan dijemput menghadiri ujian kecergasan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Sis masa tu rasa nak melompat dan menangis pun ada, sebab rasa gembira, gementar dan tak tahu nak prepare macam mana. Prepare untuk yang mana satu dulu?

_______________________________________________________________________

Okay, now sis nak share pasal jawatan PEGAWAI PENILAIAN W41 SPA dulu ye. Semoga dapat membantu sesiapa yang perlukan.

A) Dokumen :

1. Kad Pengenalan & sijil kelahiran – ASAL & salinan

2. Sijil / bukti kewarganegaraan ibu bapa – jika berkenaan

3. Sijil SPM – ASAL & salinan

4. Transkrip & Skrol Ijazah Sarjana Muda, Diploma (ikut pada pencapaian-pencapaian kita) – ASAL & salinan

5. Bukti kelulusan Bahasa Melayu setaraf SPM – ASAL & salinan

6. Sijil penglibatan dalam kursus profesional – ASAL & salinan

7. Sijil kokurikulum (sekolah) – ASAL & salinan

SPA tak maklumkan samada sijil-sijil tu perlu disahkan oleh Penghulu/Kumpulan Profesional atau tak, cuma sis standby je sijil yang disahkan.

RESUME bergambar jangan lupa ye !!! Resume tu perlukan objektif kenapa mohon jawatan tu dan pencapaian kita sepanjang berkhidmat dengan majikan sekarang. Boleh la survey-survey format resume yang sesuai dalam internet ye.

Dan kalau boleh bagi calon yang sedang bekerja di sektor swasta, boleh sertakan Surat Pengesahan Majikan/Penilaian Prestasi dari majikan masing-masing.

Yang lain-lain tu, SPA akan maklumkan dalam email nanti.

B) Susunan sijil :

Terpulang dari kelulusan paling tinggi (universiti) hingga SPM atau sebaliknya. PMR rasanya tak diperlukan, tapi terpulang la kalau nak bawa masa temuduga, Sebab ramai je yg bawa. Nanti sebelum masuk bilik temuduga, staf SPA yg uruskan proses temuduga akan minta kita susun semula dan keluarkan apa yang tak diperlukan oleh panel penemuduga tu.

So, masa pegi interview tu, boleh la bawa beg atau fail besar sikit untuk simpan baki sijil yang dikeluarkan tu. Beg tu boleh bawa masuk dalam bili temuduga, tapi letak la elok-elok di sebelah kaki atau meja yang disediakan oleh panel penemuduga.

 

C) Penampilan diri :

Wanita

1. Pakaian sopan dan tidak berwarna terlalu cerah ( nak smart boleh pakai baju kurung moden)

2. Tudung yang tidak seperti nak jadi model – simple dan nampak smart je senang,

3. Make up yang agak nipis – natural agar tidak  nampak pucat atau tidak terurus.

4. Handbag yang bersesuaian – lebih mudah warna gelap.

5. Kasut bertutup berwarna hitam dan berstokin

6. Cincin tu pakai yang sikit-sikit je dah la, tak perlu besar atau macam mak datin ye.

7. Blazer berwarna hitam – tidak pendek

(terpulang nak kancing blazer atau tidak, asalkan selesa masa nak duduk)

 

Lelaki 

1. Seluar Slack hitam dan baju kemeja putih

2. Kasut bertutup bewarna hitam dan berstokin

3, Bertali leher – warna dan corak yg bersesuaian

4. Blazer berwarna hitam

5. Rambut yang kemas dan tidak panjang / tidak berikat

6. Beg yang bersesuaian (untuk letak sijil tu je)

 

Tertiba dalam temuduga :

DATANG AWAL SEMASA TEMUDUGA ADALAH PENTING.

Contoh : Masa temuduga dalam surat jemputan SPA pukul 8, so hendaklah LAPOR DIRI sebelum pukul 8. Walaupun giliran kita mungkin bukan tepat pukul 8. Itu adalah salah satu ciri yang dilihat oleh panel sebab kakitangan awam patut tepat waktu.

1. Ketuk pintu sebelum masuk bilik (tunggu panel jawab sila masuk, barulah masuk).

2. Beri salam dengan sopan

3. Beri sijil kepada panel dan duduk ( apabila disuruh oleh panel )

4. Letakkan beg di sebelah kaki atau di atas meja yang disuruh oleh panel.

5. Kaki lurus ke bawah dan tangan di atas paha.

6. Jawab soalan panel dengan lancar dan tertib.

7. Eye-contact dengan panel

8. Jangan tinggi suara dengan panel, tapi jangan pula suara tu slow sangat.

9. Gaya jawapan yg confident tapi jangan terlalu confident. Kalau tak pasti, jawab ‘ saya kurang pasti/kurang cakna. Saya akan improve dari semasa ke semasa’.

____________________________________________________________________

Sis dan kawan-kawan temuduga lain terima soalan Pengambilan Balik Tanah dan kaedah penilaian. So pastikan calon menguasai bab ini, Bukan sahaja teori tapi yang detail2 berkenaan topik tu. Contoh sis dapat soalan :

1. Apa perbezaan sek 4 dan sek 8 Akta Pengambilan Balik Tanah ?

2. Ada perbezaan jika nilai tanah dinilai pada sek 4 atau sek 8 ?

3. Kaedah penilaian yang sesuai untuk harta tanah special property.

4. Kenapa nak bekerja dalam sektor kerajaan

Apa sis jawab? Hentam je la. Hahaha.. sebab sis tiada pengalaman kerja dalam bidang penilaian, so memang tak tahulah ada rezeki untuk dapat jawatan tu atau tak. Harap-harapnya ada la.

Hafal peranan JPPH, Nama VIP yang berkenaan dgn SPA & JPPH, kaedah penilaian, akta berkaitan harta tanah, Bajet 2018, CEUPACS dan pelbagai lagi current issue yg sesuai.

So.. SEMOGA BERJAYA YOU OLLS!!! hehhehe….

Jangan lupa berdoa, mohon seikhlas2 nya dari ALLAH. Hanya dia yang mengizinkan sesuatu, ye. Walaupun kita dah buat preparation dengan sempurna.

Lepas je sis selesai temuduga, sis buat preparation untuk ujian kecergasan PTD pula.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kakak masuk tadika

Kakak a.k.a Alya : anak buah den yg kedua masuk tadika hari ni 5 tahun. alaaa2…comeyyyynya dia pakai tudung. bulu mata dh la lentik, nampak cun la kakak.huhuhuhu..manis sangat kakak pakai tudung.

Dia asyik pandang luar je, maklumlah mama papa acu tunggu kat luar. Bila dipanggil nama, lambat2 je dia angkat tangan dan cakap ‘saya cikgu’.huhu…comeyyy!!! Lega mama papa acu dengar kakak jwb mcm tu. Mana taknya, kakak ni super pemalu orangnya.

Dia dapat tag nama warna pink a.k.a merah jambu kesukaan dia. Suka la tewwww!! huhuh..sayang kakak..kakak belajar pandai2 ye.

Lepas mereka dibawa masuk ke kelas, kami balik rumah. Sedih pulak nak tinggalkan dia. Rupanya dia cari, bila balik school, dia tanya ‘mama tinggal kakak ye’. Mama pun tanya ‘kakak nangis ke?’. Kakak pun jawab ‘ye..kakak nangis’. hahaha..cian kakak..

Kakak dah besar, dah ada adik. Adiknya lagi friendly dari kakak.

Semoga kakak menjadi anak yang solehah dan pandai. Amin..

Acu sayang kakak !!!

Pengapit ‘bidan terjun’ !!

5 Disember lepas juga menyaksikan majlis perkahwinan sepupu aku : Faisal + Diyana. Dibuat di Selayang, majlis bertemakan warna maroon dan krim.

Dan..tak pasal2 aku kena jadi pengapit hari itu. Malam tu baru tahu diorang belum ada pengapit, so kak ama la yg jadi mangsa jd ‘pengepit’ korang ye.huhu..Ini kali kedua aku jadi pengapit seumur hidup aku. Tak nak sangat jd pengapit sebab tak yakin. Bukan tak yakin dapat jaga pngantin tapi tak yakin gambar aku cantik nanti.huhu.. Maklumlah, pengapit pun kena masuk gambar, so nak ler juga cantik2, tudung tu tak nak la senget2. Masalahnya aku bukan ada kasut hill, pakai je lah kasut flet tu ha. huhu..rendah sangat rasanya dari pangantin.

Nah..belanja sikit gambar wedding..Sikit je..pening nak memilih.

 

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

So lepas ni kalau nak minta aku jadi pngapit, tolong bagitau awal2. nasib baik baju cantik.huhu..