Ujian Kompetensi N41 UTM

Alhamdulillah..aku melepasi peringkat ketiga untuk menuju impianku iaitu jawatan N41 di UTM Skudai.

Banyak yang dibuat untuk preparation ujian tersebut. Hahahahha..takut punya pasal kan..Google banyak pengalaman orang, susah-susah katanya.

Hari yang ditetapkan untuk batch kami adalah Isnin. Registration bermula jam 8 pagi, dan masuk ke dalam dewan. Dengar taklimat dan penerangan dari urusetia program. Tentatif diberikan dan kami juga dibahagikan kepada 8 kumpulan.

  • Pendaftaran  8 pagi
  • Taklimat urusetia
  • Pembahagian kumpulan – 8 (purata 8-9 orang)
  • Cari kumpulan masing-masing dan masuk bilik seminar yang ditetapkan untuk setiap kumpulan
    • 1st task – problem solving dalam bentuk individual public speaking (10 minutes)
  • masuk semula ke dalam dewan untuk taklimat sesi ujian yang lain.
    • 2nd task – mencipta prototype dan present dalam group depan panel 2 orang (ciptaan dalam masa 60 minit & present 10 minit)  — task paling best sebab ahli group yang sporting sangaaaaatt!!!
    • cipta roket dengan pelbagai ciri-ciri yang diperlukan.
  • rehat selama sejam
  • masuk semula dewan untuk taklimat ringkas
  • aktiviti menerbangkan roket tadi  — part best sangaaaaatt!!!
  • sesi terakhir — ujian psikometriks — berkomputer.
    • 80 soalan tentang diri — jawab berdasarkan skala SANGAT TEPAT, TIDAK TEPAT, SANGAT TIDAK TEPAT
  • UJIAN SELESAI !!

Keputusan tidak diketahui bagaiman akan diterima, jadi tunggulah dengan sabar yea 🙂

 

 

2 thoughts on “Ujian Kompetensi N41 UTM

    • sweet potato berkata:

      Assalamualaikum cik Suhaila,mohon maaf sangat sy tak perasan komen dari cik ni. Saya juga jarang buka blog selepas post saya itu. Bagaimana dgn ujian cik? Semoga telah berjaya melepasi semua ujian 🙂

Tinggalkan komen