DEMAM CAMPAK + CHICKENPOX

Aduhlahhh…

Umur dan tua-tua ni Allah bagi ujian kena demam campak + chickenpox, segan juga nak cakap kat orang. Hehe..

Awalnya nampak 2-3 biji tumbuh kat badan, tapi tak terfikir ape benda, ingatkan jerawat ke Okay kalau jerawat, kita akan more jaga kebersihan la lepas ni kan. Pakai sabun yang sesuai ke,kan.. Tapi tiba-tiba 2 hari selepas tu balik kerja perasan ada berketul-ketul biji pulak kat leher. Aikk!!?? Sis dah takut la kan. Terus pegi jumpa doktor. Doktor pulak boleh tak tahu ape benda tu, padahal kat badan dah mula banyak. Doktor bagi ubat sapu je untuk tahan gatal dan antibakteria.

Malam tu dah mula rasa macam demam, sejuk-sejuk. Dan..time tu la rasa macam ‘ntah-ntah aku ni kena demam campak tak??’ Hahahha…

Thats it, esoknya tu bangun pagi (mujurlah hari Sabtu tak kerja), call my mom.

 

Me : Mak..kat badan ada biji-biji lah..kat mua macam ada sikit juga. Rasanya demam campak ni.

Mak : Apa doktor kata?

Me : Doktor pun tak tahu apa benda ?

Mak : Laa…doktor tak tahu? Tak apelah makan ubat tu.

Me : Rasa macam nak balik JB, tapi takut tak larat drive. Lagipun tak plan and tak prepare nak balik.

Mak : Haa..ok juga tu balik sini. Boleh kita pegi Klinik Kesihatan esok.

Me: Tak ape lah mak, orang makan ubat dulu, nanti tengok macam mana.

Lepas off phone tu, sis rasa ‘ok, kalau aku stay sini sorang-sorang pun, kalau betul demam campak, memang tak boleh pantang makan kalau sorang-sorang kat sini. So better aku balik JB, mak boleh pantangkan aku. Hehhehe..’

So, terus pack baju, kemas rumah serba sikit dan mesej mak ‘Mak, orang balik JB jap lagi’.

Perjalanan 4 jam tu rasa macam kejap je sebab ada tak sabar nak tahu ape benda ‘menumpang’ kat badan ni kan. Masa drive tu dah rasa gatal kat kepala & badan. Nak garu of course la tak boleh kan. Kat dalam mata pun dah naik biji & gatal.

Sampai rumah, mak cek, memang macam campak.

Esoknya pergi Klinik kesihatan, CONFIRM DEMAM CAMPAK !!! Hhahaha…

So berjuanglah kita makan ubat dan menyapu ubat di seluruh badan ye.

Bukan ubat doktor saja, semua petua i try okeh! Sapu bedak sejuk, sapu param, blend daun semambu, minum air kelapa hari-hari! Makan pun pantang, makan rebus-rebus je. 

Dengan harapan semoga semua biji tu keluar dan tak tinggal parut teruk kat muka dan badan.

Seminggu dapat MC, stay kat rumah je, tak kelaur sangat untuk elak badan berpeluh dan gatal.

 

Semoga Allah memudahkan penyembuhan ini.

 

-XOXO-

 

 

 

Tinggalkan komen