Perginya seorang insan bernama Tunku Jalil (TJ)

5 Disember 2015..Perginya seorang insan ‘berdarah diraja’ kerabat negeri Johor bernama Tunku Abdul Jalil bin Sultan Ibrahim. Apapun nama gelarannya di dunia ini, namun TJ juga yg melekat di hati ini.

TJ..aku mengenalimu hanya dari kaca tv sahaja. Hanya bermula dari sebuah promosi konsert amal yang dibuat untuk mengutip dana bagi yayasan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam masalah kesihatan dan bagi balu-balu anggota Polis. Promosi itu dibuat dalam rancangan Melodi. Di situ TV3 interview putera raja johor kerana beliau merupakan penaung bagi yayasan tersebut. Hanya dengan ayatnya “Assalamualaikum..saya Jalil..Dijemput hadir ke konsert amal…” tak sangka sekali seorang anak raja akan berkata begitu sebab dia hanya bahasakan dirinya Jalil saja dan bukannya Tunku Jalil. Dan dia boleh ditemubual oleh wartawan, tidak seperti anak raja yang lain. Dia juga boleh dijemput ke MHI tv3 jam 8 pagi untuk promosi konsert tersebut. Siapa sangka seorang anak raja boleh dijemput ke MHI iaitu rancangan temubual yang mungkin biasa ditonton oleh rakyat biasa saja.

Sejak dari itu, aku terus follow facebook dan instagram TJ untuk mengetahui perkembangan TJ selalu. Rupanya dia cancer warrior..Tahap 4 !!! Ya Allah..tak sangka dia bertarung nyawa dengan kanser = penyakit paling bahaya dan sukar sembuh. TJ selalu post hal-hal semasa dia di dalam hospital dan luar. Tidak ada 1 pun yg berkaitan dengan kebendaan dia sebagai anak raja. Hanya yg ada kehidupan dia di hospital luar negara atau percutian dengan adik-adiknya.

TJ yang aku kenali seorang insan yang rendah diri dan sangat penyayang. Mudah mesra dengan semua orang. Walau hanya melihat dalam media saja, tapi rasanya hati aku dekat padanya. Melihat wajahnya semasa belajar di luar negara dalam bidang zoologi semasa masih sihat sangat handsome macam orang english. TJ juga pernah bekerja di zoo di luar negara dan berehat di jalan-jalan di sana seperti orang biasa. Pernah terbaca dia memintz izin ayahnya yang dipanggil Babah iaitu sultan johor untuk berkerja. Namun ayah manalah yang tak risau dengan keadaan anak kenamaan bekerja di luar negara di sektor biasa saja,kan. Namun TJ cekal meneruskan minatnya, sehinggalah dia pulang ke Malaysia.

Tapi bila dah sakit, berbeza sungguh wajahnya. Walau apa jua keadaan TJ, kami sentiasa mengikuti TJ. TJ melawat pesakit kanser dan ramai lagi di hospital2. Menyakat dan mengusik nurse2 di hospital sampai mereka tidak segan untuk bergaul dengan tunku. TJ juga baik dengan artis seperti Nomad dan Siti Nurhaliza. TJ sayangkan haiwan dan sering melawat tapir.

TJ juga sering keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan ke kawasan bandar seperti rakyat biasa untuk minum waktu malam. Walaupun dia tak mahu orang tahu dia di mana-mana tapi TJ post kat instagram. Jadi orang tahu juga cuma tak nampak TJ sebab TJ berpakaian biasa.

TJ juga sangat rapat dengan Babahnya dan selalu bergurau manja dengan Babah. Selalu aku lihat gambar-gambar manja mereka berdua. Ya Allah sedihnya…Baru-baru ni TJ ada post gambar dia dengan abangnya semasa kecil. Comel sangat. Namun, siapa tahu itulah gambar terakhir yang dikeluarkan oleh TJ.

Bila tahu TJ nak kawen, rasa frust la juga tapi siapalah kita ni. Dah tentulah takkan dapat berjodoh dengan dia. Pernah berangan nak jumpa TJ dan berangan nak ke KL, mana tahu dapat jumpa TJ masa bertugas sebagai polis.

Namun..benarlah rancangan kita tak sehebat rancangan Allah. Allah lebih menyanyangi TJ. Saat aku tahu TJ meninggal, terus cari tahu berita ni. Tapi dah malam baru dapat confirm yang TJ memang dah meninggal..Sedihnya Allah saja yang tahu.

Menangis aku ibarat selalu berjumpa dia sedangkan tak pernah langsung.

TJ..dirimu tetap terpahat di hati. Bukan kerana darah dirajamu, tapi kerana keperibadianmu. Dirimu unik untuk dilupakan. Berbeza dengan adik beradikmu yang lain. Dan kuharapkan adik bongsu TJ iaitu Tunku Abu Bakar dapat meneruskan legasi dirimu, TJ. Semoga Allah memudahkan segala urusanmu di sana dan ditempatkan di Jannah. Dan semoga kita dapat bertemu di sana. Amin..

-peminat setiamu-

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s