Sebuah kenangan Ramadan 2012

Hari ni 30 Mac 2015 aku terimbau kembali pengalaman ke tanah suci iaitu prosedur masuk ke balai berlepas dan perjalanan selama 9 jam ke Tanah Suci.

Hari ini iqa, akif dan suaminya berangkat ke tanah suci selama 11 hari untuk menunaikan umrah. Sesuatu yg sangat aku rindui dan sebak rasanya bila mengimbau kembali kenangan. Aku jumpa diorang di airport jam 11.20 pagi. Berkongsi pengalaman aku semasa di sana untuk memudahkan iqa di sana nanti. Cuma pengalaman dia akan sangat berbeza sbb dia bersama anak kecil.

Semalam masa sedang solat maghrib hati aku tiba2 sebak dan menangis ketika rukuk tak tahu kenapa. Tiba2 aku rasa risau, nervous dan kehilangan bila diorang akan jauh di sana. Semoga semua dipermudahkan.

Aku ingat lagi masa check in di balai berlepas selepas kami harus meninggalkan keluarga, kami harus terus menunaikan solat zohor kerana masa waktu berlepas jam 3 petang. Lepas tu masuk ke dalam penerbangan secara beratur mengikut mahram masing2.

Perjalanan selama 9 jam (singgah sekejap di Riyadh) memang pengalaman sukar dilupakan. Allahu Akbar…ALhamdulillah kami selamat sampai di Jeddah lebih kurang jam 8 malam(waktu tempatan, mungkin jam 1 pagi waktu Malaysia). Dan di situ perlu mengambil menunggu selama 1 malam untuk menaiki penerbangan seterusnya ke Madinah, sebab kami berempat je yg naik domestik flight, jemaah lain naik bas. Berjam-jam kami menunggu di airport Jeddah sehingga waktu sahur. Daripada ramai orang sampailah kami je yang tinggal, Tidur pun kat seat menunggu tu je.

Flight kami ke Madinah siang tu (tak ingat berapa jam) selamat sampai di airport madinah dan disambut oleh Ahmad (agen UTAS di Madinah). Seorang yg sangat baik, mesra dan berhemah dalam percakapan. Hm…tiba2 ter’admire’ dgn kehemahannya itu..

Ya Allah… rindunya pada kenangan2 tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s