Suamiku Encik Perfect 10 (SEP10)

Filem romantik komedi/drama berkenaan gadis Aleeya (lakonan Lisa Surihani) yang hamil di luar nikah disebabkan boyfriend dia iaitu Syed Muzaffar (lakonan Sazwan Zulkifli) telah memperkosa Aleeya pada suatu malam dengan memasukkan ubat tidur dalam minuman Aleeya. Namun apabila Aleeya sedar dia hamil, Syed Muzaffar hilang dan menyebabkan Aleeya tertekan dan terpaksa memberiktahu ibunya (lakonan Yasmin Hamid) bahawa dia telah berkahwin di London disebabkan dia telah hamil. Namun penyelamat dia datang dalam penerbangan pulang dari London ke Malaysia apabila orang sebelah dia dalam flight tu iaitu Zafier (lakonan ‘abang’ Aaron Aziz) dengan rasa kasihan dan sangat teruja ingin membantu Aleeya untuk menyamar sbg SUAMI Aleeya.

Bermulalah kehidupan mereka sbg ‘suami isteri’ semasa berada di rumah ibu Aleeya. Namun mereka setuju untuk mengakhiri lakonan mereka dgn berpisah dan Aleeya berkerja di butik kawannya dan mula memakai tudung. Namun begitu, Zarief masih ingin mengetahui perkembangan Aleeya dan babynya. Zarief yg mempunyai tunang juga dalam persiapan perkahwinan.

Keadaan sangat sulit bagi Aleeya apabila dia tersepit untuk memilih Syed Muzaffar atau Zarief. Kerana Syed Muzaffar muncul dan ingin mengahwini Aleeya kerana cintanya dan kerana ayah Syed Muzaffar sangat memaksa dia untuk berkahwin dan mempunyai anak bagi mewarisi wasiat datuk Syed Muzaffar. Atas pujukan bapa Syed Muzaffar yang memujuknya dgn mengatakan baby itu nanti akan dapat di’bin’kan dgn nama ayahnya iaitu Syed Muzaffar, membuatkan Aleeya sangat tersepit. Ditambah lagi keadaan Syed Muzaffar yang sangat kritikal di hospital disebabkan kemalangan. Maka Aleeya telah bersetuju untuk berkahwin dgn Syed Muzaffar dan meninggalkan Zarief yang juga akan bernikah dgn tunangnya. Namun Zarief tidak jadi menikahi tunangnya apabila mendapat tahu tunangnya telah hamil luar nikah dgn lelaki lain.

Zarief telah menziarahi Syed Muzaffar dan Syed Muzaffar telah memberi wasiat kepada Zarief untuk menjaga Aleeya dan anaknya.

Cerita berakhir apabila Zarief terkejut ketika dalam flight ke London apabila Aleeya tiba-tiba duduk di sebelahnya dan memulakan perbualan sama seperti masa mula2 mereka berjumpa ketika mahu pulang ke Malaysia dulu. Aleeya ingin mengahwini Zarief kerana Syed Muzaffar telah meninggal dunia.

8/10 markah aku berikan untuk movie ini. Kenapa bukan perfect 10/10? Sebab…

1. ada nada tidak berapa nak logik kerana adanya watak lelaki yg sanggup dan teruja membantu wanita yg baru dikenali.
2. jalan cerita yang agak cliche.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s