~~ Surat dari TUHAN ( Letter from ALLAH) ~~

SURAT daripada TUHAN..

Apa itu surat daripada Tuhan??bunyinya seperti ‘boleh ke Tuhan utus kita surat secara directly?’ Jawapannya ‘Ya boleh!. Kerana ia telah diutus lama dari zaman Nabi dan para sahabat lagi iaitu Al-Quran = mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang kita semua cintai.

“” Terdapat segelintir umat Islam tidak mahu membaca Al-Quran kerana merasakan bahasanya iaitu bahasa Arab adalah asing dan sukar. Sedangkan bahasa Arab adalah bahasa Syurga, tau!! Hebat, kan ??!!! Allah utus surat kepada kita dalam bahasa syurga tu!! Bermakna kita telah diberi peluang oleh Allah untuk menuntut ilmu bahasa Arab dan telah dituntut untuk mempelajari bahasa syurga ini ketika di dunia lagi. Ini bermakna, persediaan untuk memasuki syurga sudah bermula dari dahulu lagi, di dunia lagi!! Sebenarnya jika kita perasan, kita sudah mula belajar bahasa syurga ini sejak kita mengenali huruf ali, ba dan ta lagi..Betul tak??

Malah ada yang takut untuk mendekati al-Quran kerana menganggap kitab itu bacaan alim ulama sahaja atau risau jika al-Quran itu adalah suatu tulisan yang sangat hebat sehingga kita takut untuk menyentuhnya, takut2 tidak boleh menyentuhnya disebabkan dosa kita yg banyak ni.Betul tak??

Kita tidak mengenal al-Quran kerana kita tidak mahu menghulur persabahatan kepadanya. Jika kita mahu bersahabat dengannya, percayalah al-Quran mampu menjadi sahabat karib kita biat selama-lamanya. Ketika kita sedih, al-Quran mampu menyapu air mata kita. Sewaktu gembira, al-Quran juga mampu menambah lagi rasa kesyukuran kita.

Selain itu, ada muslim yang tidak dapat menikmati keindahan al-Quran kerana tangan mereka merasa begitu berat untuk menyelak helaiannya. Malah bibir enggan membaca susunan ayat-ayatnya dan hati degil untuk meneliti terjemahannya. Mereka dengan segaja mahu menjauhi al-Quran. Dibimbangi jika terlalu rajin menelaahnya, orang lain menganggap kita warak lalu tidak boleh lagi bebas hidup atas dunia.

Hakikatnya, al-Quran amat indah untuk dihayati. Di dalamnya ada penawar bagi hati yang resah. Ada ubat untuk penyakit yang tidak dapat dikesan oleh mesin elektronik. Ada nasihat lembut tetapi berkesan. Dekatilah mukjizat yg besar ini. Selaklah lembarannya dan bacalah baris-baris ayat yang indah. Hayatilah hikmah yang ingin disam0pikan melalui kesusasteraan yang tiada tolok bandingnya ini.

Tidakkah kita rasa bangga dengan kalam ALLAH SWT yang boleh dipegang dan selalu dibaca? Akuilah bahawa inilah kehebatan Islam!! Kita yang tidak akan terhapus atau diubah selama-lamanya. Tiada pengurangan dan tiada penambahan kerana segalanya sudah sangat cukup dan mencakupi segala perkara. Al-Quran sangat sesuai untuk semua manusia, bahkan untuk orang bukan Islam juga kerana isi kandungannya yang universal.

Al-Quran mengajar tentang kebaikan dan itulah yang disifatkan secara menyeluruh. Lihatlah orang bukan Islam yang diberi hidayah melalui Al-Quran. Mereka mengakui kehebatannya. Malah dengan membaca surah al-Fatihah sambil menghayati maknanya sahaja sudah membuatkan mereka akur dengan kehebatannya. Juga tentang kehebatan ISlam sebagai agama yang baru dianuti. Mereka berpegang kuat dengan ajaran ISlam dan berusaha mempelajari Islam dengan bersungguh-sungguh. Setiap hari mereka membaca, semakin hari semakin bertambah keimanan mereka. Subahanallah!!

Mengapa mesti gerun tanpa tujuan terhadap bahasa al-Quran? Bukankah zaman sudah berubah, pelbagai cara dan medium yang boleh memudahkan kita membaca dan memahami maknanya? Seperti dengan bantuan media digital, handphone dan sebagainya yang sangat canggih sekarang.Jika lagu-lagu terkini, cara ‘cut’ lagu pun kita boleh install, instagram, dan segala games lagi boleh di’install’, mengapa al-Quran kita tidak boleh install juga??!!

Allah SWT berfirman yang bermaksud
” (Al-Quran) adalah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang yang (hendak) bertakwa ” Surah AL-Imran : 138

Jadi, mulai hari ini, buanglah rasa takut untuk membaca al-Quran. Sebenarnya dengan membaca al-Quran, kita lebih bebas! kerana kita dapat mengetahui perkara yang salah dan betul yang perlu kita ikuti atau tinggalkan. Ketika membaca al-Quran, kita hendaklah membayangkan ALLAH SWT mahu menetapkan hati kita melalui ayat-ayatNYA. Al-Quran itu ibarat cahaya dan ALLAH SWT mahu cahaya itu sentiasa menerangi jiwa kita.

Bebarapa ulama menyifatkan bahawa al-Quran itu bagaikan lembaran-lembaran surat yang disampaikan oleh TUHAN kepada kita yang di dalamnya terdapat janji-janji Allah. Hebat!! Kita boleh pegang surat daripada TUHAN. Jangan tunggu lagi, bacalah ‘surat’ itu. Saya percaya kita pasti akan jatuh cinta!!! “”

Alhamdulillah..memang betul apa yang ditulis oleh pengarang buku ‘Surat Dari Tuhan’ iaitu Ruhana Zaki ini. Sebenarnya saya mengambil ayat-ayat dari beliau dan ada yang saya tambah untuk menekankan lagi pengalaman saya yang memang sama dengan coretan beliau ni. Tidak elok kita menceritakan ibadah yang kita lakukan namun saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan perasaan saya berkenaan ibadah membaca al-Quran ini, yang mungkin dekat di hati pembaca.

Alhamdulillah saya sering membaca al-Quran dari kecil lagi. Namun saya baca bukan bersama dengan terjemahannya. Dan saya tidak pasti bacaan saya itu betul atau tidak. Namun hidayah Allah memang sangat disyukuri apabila saya terdetik untuk membaca terjemahannya bersama dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Malah saya mahu mata, lidah saya dan segala pancaindera kurnian ALLAH yang saya pinjam ini melihat, lidah basah dan lembut membaca ayat-ayatnya setiap hari dan segala pancaindera tertumpu pada sebuah al-Quran yang saya pegang tersebut. Dan…saya mahu HATI saya lembut (tidak lagi degil dan ragu) dengan membacanya. Betul..mohonlah dan bacalah degan ikhlas untuk hati yang lembut untuk mendengar nasihat sesiapa, lembut menerima teguran dan mudah mengikut setiap suruhanNYA. Malah segala kesedihan dapat dikurangkan dengan tumpu dan fokus kepada ayat-ayatnya.

Subahanallah!! Sangat seronok mengetahui makna di sebalik setiap perkataan tersebut. Malah saya dapat tahu berkenaan ayat yang bermaksud “Syurga yang di bawahnya terdapat sungai-sungai yang mengalir jernih” selalu diulang dalam banyak surah. Al-Quran ibarat buku cerita bagi saya. Cerita tentang nabi Adam dan Hawa, sehinggalah ke Nabi Muhammad diceritakan di dalamnya. Ayat-ayat yang menjadi penawar kesedihan, berkenaan jodoh (ayat Nabi Zakaria), berkenaan perkahwinan, perceraian, muamalah, bertayamum, dan juga harta wasiat juga ada diterangkan. Banyak lagi la..macam buku cerita..

Saya berharap saya dapat meneruskan rutin saya ini dengan ikhlas dan terbaik sehinggalah ke akhir hayat saya. Amin…

One thought on “~~ Surat dari TUHAN ( Letter from ALLAH) ~~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s