Hidayah milik Allah – Allah’s hidayah

Entah kenapa aku ingin menulis sesuatu pada waktu ini.Mungkin disebabkan selepas membaca sesuatu yg buat hati aku tersentuh dan hampir bergenang air mata membacanya. Sesuatu yg mampu menyentuh hati aku.

http://felixiayeap.blogspot.com/

1 entri dalam link di ataslah yang mampu membuat aku bergenang air mata. Ini salah satu blog yang sedang aku ikuti sekarang (dalam masa beberapa bulan ini) disebabkan niat tuan blognya untuk berhijrah secara total dari kehidupan lampau kepada kehidupan baru yang sangat baik dan superb bagus.

Selama mengikuti kisahnya, aku berfikir = kenapa insan ini yang masih belum mengucap 2 kalimah syahadah mampu mempunyai Islam di dalam hatinya..mampu melihat Islam itu sangat indah dan tenang..mampu menarik dirinya untuk berpakaian muslimah..mampu meninggalkan jalan hidupnya dulu yang begitu..walaupun dia belum sah menganut agama Islam?? Tetapi kenapa KAMI yang telah menganut Islam sejak dari dalam perut ibu kadang-kadang tidak mampu memenuhi tuntutan syarak yang sebenar? Perlu menunggu ‘seru’ atau hidayah dari Allah sedangkan hidayah itu telah Allah jadikan sebagai WAJIB untuk diikut. Sebenarnya itulah hidayah yang Allah kurniakan kepada insan ini untuk mengikuti keluarga BESAR ISLAM.

Sedih aku melihat muslimin dan muslimah sekarang (terutama muslimah) yang tidak tahu untuk aku sebut samada muslimah atau tidak melihatkan keterampilan mereka. Aku pun sebenarnya masih menjinakkan diri untuk lebih patuh kepada suruhanNya ke arah kebaikan dan membaiki diri. Sudah puaslah aku hidup seperti dulu, sekarang aku lebih nyaman dan berdoa untuk terus begini. Semoga Allah memakbulkan doa dan keinginanku.

Sangat segan aku melihat artis-artis wanita Malaysia sekarang yang tanpa segan silu di dengan pakaian masing-masing. Tapi tidak kurang juga yang masih sopan dan sudah berhijrah kepada yg lebih baik.Alhamdulillah..Semoga lebih ramai(semua) artis akan behijrah dan sama-sama memajukan dunia seni dengan lebih ‘halal’ dan baik.

Berfikirlah..mengapa insan ini boleh nampak kelebihan itu walaupun dia belum mengucap syahadah sedangkan KAMI yg Islam ini yg patut lebih nampak,ikut dan patuh kepada suruhanNya dari kecil. Kadangkala dia yg dijadikan contoh kepada Islam yang lain, sedangkan patutnya kita yg jadi contoh kepadanya.Terbalik pula..Harap2 insan ini akan terus istiqamah dalam amalannya setiap hari. AMin..Dan KITA pun akan jadi sebaik dan contoh kepadanya. Mungkin dia dipilih Allah untuk dijadikan contoh untuk kita ikuti. In sha Allah, kita masih sempat berubah sebelum dijemput Allah semula.

Hidayah memang milik Allah.tapi kita WAJIB berusaha untuk ke meminta kepadaNya. Aku juga pernah merasa seperti diberi hidayah olehNya. Memang aku pernah ke umrah di tanah suci, pada bulan Ramadhan pula tu, namun bila pulang ke Malaysia semula, kadangkala perubahan itu agak lambat dibuat. Mungkinkah aku tidak kuat menerima hidayah itu? Perubahan yang aku lakukan selepas pulang dari umrah adalah secara perlahan-lahan. Namun Allah Maha Berkuasa, aku semakin yakin dan kuat untuk berubah selepas menonton drama Warkah Cinta Berbau Syurga lakonan Heliza Helmi. Hati aku terus terbuka untuk terus melakukan perubahan untuk diriku sendiri dari segi penampilan. Mungkin disebabkan watak Heliza dan Heliza itu sendiri memang hidup dan ‘adapt’ dalam cara Islamik yang mematuhi syarak dalam kehidupan moden dan mencabar sekarang. Alhamdulillah, mungkin Allah nak tunjukkan contoh untuk aku ikuti. Sebab tu aku sayang sangat dengan drama tu, walaupun lakonan mereka tidak terlalu hebat, tapi sudah cukup hebat untuk merubah hatiku dengan izinNya.
Percayalah, tak semudah memetik jari untuk melakukan perubahan kerana kita hidup dikelilingi manusia. Pelbagai persepsi orang terhadap kita apabila melakukan perubahan, terutama sekali ingatan mereka terhadap ‘kita’ yang dulu dibanding dengan selepas perubahan. Pernah aku merasakan bahawa sebenarnya hidup dalam kelompok wanita berpurdah dan Islamik seperti Madinah dan Makkah lebih mudah daripada hidup di kalangan Islam yang tidak betul-betul melakukan Islam seperti yang sepatutnya.

Semasa di tanah suci, aku dihidangkan dengan pemandangan wanita berpurdah dan berjubah hitam di sana sini. Semua tempat dan hampir 90% wanita di sana berpakaian seperti itu. Sedangkan aku bertelekung putih dan jarang sekali berjubah hitam apatah lagi tidak pernah berpurdah. Masya Allah..Pemandangan itu sangat menarik hati aku untuk sentiasa melihat mereka dan banyak berfikir tentang bagaimana cara kehidupan mereka. Bagaimana anak-anak yang kecil boleh mengenali mereka yang hanya boleh nampak mata dan mendengar suara sahaja tanpa boleh melihat muka di khalayak ramai, bagaiman mereka solat di rumah, adakah sentiasa berpakaian jubah atau bila nak solat mereka mengenakan jubah dan hanya berpakaian biasa di rumah. Yelah, sebab kita kat Malaysia ni bila nak solat, kita pakai telekung, so mereka tu pun menyarung jubah juga ke bila nak solat?Sebab mereka tidak memakai telekung bila nak solat, pakaian mereka ke kedai, dan ke masjid adalah sama = jubah hitan dan berpurdah. Sangat sejuk mata memandang. Betul!! berada di sekeliling mereka buat kita banyak berfikir panjang dan tenang damai hati. Sedangkan di Malaysia, ketenangan itu seakan hilang. 2 minggu di sana, sudah terbiasa dengan pemandangan di sana, tapi bila balik ke Malaysia, aku jadi pelik dan segan melihat pakaian dan cara kehidupan di Malaysia pula. Manusia sentiasa sibuk dengan aktiviti sehinggalah masuk waktu solat juga masih sibuk. Sedangkan di sana semua aktiviti ditinggalkan ketika azan berkumandang, semua orang akan berpusu-pusu ke masjid dan tutup kedai. Subhanallah, sangat rindu keadaan begitu.

Haishh..sebak pula tiba-tiba ni..

Semoga Allah memberi rezeki kepadaku untuk ke sana lagi. Dan kepada Raisyah Rania (known as Felixiz Yeap) dapat ke tanah suci juga dan melihat betapa besar keangungan Allah dan memang tepat pilihan dia memilih ISLAM sebagai kehidupan untuk ke akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s