HEART..

Puas aku menangis petang tadi..menangisi kehilangan seorang sahabat yg sangat baik dan diperlukan dlm hidup…

Opss!!! (ada bunyi brek di situ!!) itulah adalah satu watak dalam sinetron indonesia HEART Series 2 semata-mata.huhu..Watak Rachel dh meninggal..ya Allah!!sedihnya…

Sedihnya Rachel dh meninggal..dia dah la watak utama..dan kerana dia lah aku follow hari-hari!!! aku suka tengok wataknya yg tomboy(sangat tomboy) tapi setia dan mencintai sahabatnya = Farel. Dia sanggup buat apa saja demi Farel dan juga kawan2 yg lain. Dia mencintai Farel tapi Farel tak tau dan Farel pula mencintai gadis bernama Luna..Macam-macam Rachel buat untuk menarik hati dan perhatian Farel, tapi Farel tak perasaan dan masih boleh minta Rachel untuk tolong dia menawan hati Luna. Farel terlalu mencintai Luna sehingga dia mahu menikah dengan Luna. Akhirnya Rachel akur dengan perasaan Farel dan dia sedia membantu Farel memenangi hati Luna dan bersungguh-sungguh berusaha untuk menyatukan Farel dan Luna. Sehinggakan Rachel sanggup memberikan hatinya kepada Luna dalam sebuah pembedahan. Luna memang ada penyakit hati yang kronik, oleh sebab itu, Rachel sanggup memberikan hatinya untuk Luna untuk memastikan Luna masih dapat bersama dengan Farel, walaupun Luna sudah hilang ingatan akibat kemalangan dan sudah bercinta dengan orang lain. Rachel buat begitu supaya Farel dapat menikah dengan Luna bila tiba masanya nanti, Tapi takdir tidak menyebelahi cinta Rachel pada Farel apabila Rachel disahkan meninggal dunia selepas pembedahan tersebut berjaya. Ya Allah!!sedihnya…Rachel sempat menulis surat kepada Farel yang meluahkan segala rasa hatinya pada Farel. Tapi semua dah terlambat sebab Rachel sudah tiada untuk selama-lamanya. Dari surat itulah baru Farel tahu orang yg selama ini Rachel cintai adalah diri dia sendiri!!! Dia menangis dan menyesal sangat2 sebab tak perasan perasaan Rachel dan dia kehilangan dan merindui Rachel. Aku pun sedih sebab Rachel dah takkan ada dalam drama ni lagi!!Tapi dimasukkan watak baru iaitu kakak kembar kepada Rachel (biasalah..sinetron mmg byk watak tambahan) yg cantik seperti Rachel juga. Dan kakaknya ini sudah membaca diari Rachel dan sudah tahu segala perasaan Rachel dan cita-cita Rachel untuk satukan Luna dan Farel. Kakaknya ini berjanji akan meneruskan misi Rachel itu.

 

Apakah yang akan berlaku seterusnya?? Adakah kakak Rachel berjaya menyudahkan misi mereka??Tunggu kesudahannya nanti…

 

Adakah Farel salah kerana tidak pernah perasan perasaan Rachel pada dia? ATAU adakah Rachel yg salah kerana tidak ernah berterus terang pada Farel?? Sebenarnya bila ia berkaitan dgn hati dan perasaan memang sudah untuk kita duga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s