Majlis Wedding VS Dugaaannnn!!!!

8 Februari 2014>>>>> MAJLIS PERKAHWINAN kawan baik aku – NURUL HANA ZAKARIA dan pasangan ZUBAIR MAMAT yang berlangsung di Masjid Sultan Ismail UTM (akadnikah) pada waktu pagi dan resepsi di Dewan Alumni UTM pada waktu petang. Walaupun hari berbahagia buat mereka tetapi..hari malang kot buat aku.wahahahah…Pelbagai dugaan yang berlaku pada aku hari tu..tensen betul!!! Mula2 aku nyaris tertinggal hadiah yang aku dah siap letak atas kerusi depan umah masa tunggu Aisyah amik. Tapi last2 trtinggal jg. Patahhhh balik umah,amik hadiah tu. Dah tu baru perasan kad hadiah ntah hilang ke mana..Aduh!!! terpaksa la bg hadiah tkde kad ucapan. hahaha… Okeh..lepas tu.. lepas nikah ikut pengantin balik umah bawak hantaran-hantaran sekali. Sementara tunggu pengantin make up dan bersiap untuk ke resepsi, aku masuk la bilik air basuh muka. Baru nak pakai tudung balik…pulp!! tudung aku jatuh masuk dalam air..pergh!!! sakitnya hati!!! nak wat macamana ni?? Habislah malu la aku, dah la ada cameraman laki kat depan tu, mcamana nk keluar bilik air ni?? Then aku pun keluar sikit bilik air tu dan panggil Zarith.. Aisyah pun datang sekali. Cerita lah hal sebenar.  Nasib baik dorang bagi cadangan bernas punya, IRON tudung tu.!! wahhahaha…korang memang best!! dan syukurlah Zarith ada bawak tudung hitam lebih, so pinjam la sementara aku nak gosok tudung yang basah tu. Gosok depan cameraman tu, nasib baik dia tak tanya apa2..huhu.. Okeh..2 part dah habis..ada 1 part lagi… Dugaan di dewan resepsi pulak…Aku ternampak la sorang kawan aku ni keluar dari dewan nak amik air minum, then aku pun keluarlah menuju ke arah dia nak bersalam sebab dah lama tak jumpa, seronok la dalam hati ni,kan.. tiba-tiba…cepuppp!!! aku terlanggar sorang mamat ni..tapi dengan tak disangka-sangka…tudung aku dah kena kuah daging kambing okeh!!!! pergh!! bau dia..jangan citerlah. mana taknya, mamat tu tengah pegang mangkuk yang berisi KUAH DAN DAGING KAMBING! dan yang paling sakit hati tu bila dia baru la nak tengok depan masa berjalan lepas rasa dah terlanggar aku..ha…ni kes ‘JALAN TAK PANDANG DEPAN KE, che abang oiii????’ tapi kenapa ntah aku tak terucap apa-apa dari mulut ni. Cuma dalam hati ni ‘adoiii…kambing??? tensennya!!’. Apa lagi,aku terus berkejar ke toilet la.Syukurlah toilet dekat sangat. Tapi sebelum aku ke toilet tu, aku sempat dengar mamat tu kata ‘Kejap eh’..Dia nak g amik tisu kot,…aku tak tungu ape, lambat sangat nk tisu, aku terus ke toilet la..bukan boleh bersih pun kalo pakai tisu jek,kena la basuh,kan…Apa hari malang aku ni??? Tapi ingatkan mamat tu tak dapat cari aku..rupa-rupanya dia dapat cari aku dalam toilet tu. Dia hulur tisu n saying ‘Sori awak”..hahaha..masa tu aku dah rasa macam dalam drama weh!! hahaha…aku pun amik la tisu tu dan meneruskan usaha membersihkan tudung aku. Aku ingat dia dah takde lagi kat pintu toilet tu, rupanya dia tunggu dok tengok aku bersihkan tudung..Aku pun taknaklah menimbulkan fitnah nanti orang nampak dia mengendap dalam toilet, so aku pun just cakap ‘dah2 keluarlah..ni toilet perempuan’. Aku langsung tak marah dia, langsung tak cakap apa pasal perlanggaran tu. Cuma tu aku suruh dia keluar dari toilet tu je. Tak tau lah aku nak rasa apa masa tu. Rupanya bukan tudung je yang kena, lengan baju pun kena. Ha..yang tu ada rasa macam nak marah dia la,kan..yelah, kalau tak hilang kesan tu, macamana??? Baju ni walaupun tkde la beratus ringgit, tapi susah tau aku round 1 shah alam cari baju ni!!! Sabor jela!!!! Walaupun dah dibersihkan, baunya tetap ada,kan..nasib baik lah tadi Zarith ada bagi aku perfume Hana suruh pegang sebab Zarith jadi pengapit. So aku gamit tangan kat Hana ‘Hana, aku pinjam perfume ko sikit eh’. Okeh..Aku pun calitlah perfume die yang sangat harum tu kat tudung aku yang ‘sangat harum’ juga tu. huhuh.. Selamat..takde lah bau kambing lagi!!hahahha… Lepas tu aku lepak la borak-borak dengan Zarith & Aisyah kat pintu masuk dewan n aku citer la kat dorang pasal ‘accident’ daging kambing tu tadi dan siapa yang menjadi pesalahnya. Tiba-tiba Aisyah cakap ‘Mar..mamat tu asyik tengok ko je dari tadi’. Ha..mamat mana?? Mamat yang langgar aku tu la..Mana tak tengoknya, dah rasa bersalah lepas tu aku pulak langsung tak marah dia, mesti lah dia asyik tengok aku,kan..huhuh..lama juga la dia tengok2 aku, sampai aku jadi tak selesa. Adoiii haii..apa la malang nya nasib aku hari ni.. Apa-apapun majlis Hana berjalan lancar dan sangat seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama… Alhamdulillah..balik umah basuh baju ni.hahahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s