Makan Air Hujan !!

Weekend lepas ada kejadian yang kelakar dan tak pernah aku terfikir akan jadi macam tu. Walaupun dh 2 hari berlalu tapi aku masih tak boleh lupa ke’kelakar’annya…huhu..

Kami pergi makan kat Medan Ikan Bakar Pelabuhan Klang. Kami ber6 masa tu. Aku, abah,mak, Kak ani dan 2 orang anak buah dia, Zaty dan Nurul. MUlanya kami dah duduk kat bahagian dalam restoran kawasan yang berbumbung lepas dah memilih seafood dengan jenis masakan yg diidamkan, Lepas tu dalam seminit dua masih takde waiter or waitress yg tak datang-datang ambil order kami. So kak ani pun pegi la panggil waiter/waitress tu. Tapi lepas tu kak ani datang balik tempat kami dan maklumkan yg kami kena tukar  meja kt luar yg dh dilabel ‘reserve’ utk kami. Sebab kt dalam tadi waiter malas nk serve. Boleh eh macam tu?!! Mana boleh mcm tu,kn??!!

Ok,then kami pun pindah la ke meja baru tu di empat terbuka tidak berbumbung. Masa tu dh dekat maghrib, so cuaca pun beransur gelap. Termasuk la gelap sebab nak hujan. Risau juga. Tapi waiter tu kata ‘lambat lagi nk ujan ni’. Wahhh…confident dengar ayat dia yg pndai menyenangkan hati tu. Tapi makin lama makin banyak pulak awan mendung yang gelap tu kat tempat kami, sedangkan masa tu makanan kami tak sampai lagi. Dalam 15 minit tunggu, makanan pun sampai. TAPI!!!! tak sampai 10 minit makan, hujan dh mula turun rintik-rintik. Kami pun ingat kejap je lah… so kami duduk balik la, sebab kami dh berdiri konon-konon nak tukar tempat la. Sutomer lain dh tukar tempat, kami je yg RAJIN duduk kat luar tu lagi. TAPI lepas tu… Nah!!!! amik kau…makin lebat hujan turun. Apa lagi..berlari la kami angkut nasi, lauk2, air, beg2 semua ke meja makan baru yg berbumbung..Lauk bukan sikit, okeh!! Lauk Ketam bercili, Udang sotong goreng tepung, Pari bakar, sayur lagi… Pergh!!! banyak tu makanan..nasib la ada 6 orang, dok la angkut makanan tu semua. Bukan dekat tau, mau 100 meter gak la ke meja makan baru tu. huhuhu..habis la lauk ketam semua tu dah dimasuki air hujan… tengah-tengah berlari tu, aku terpandang belakang.. laaa…abah masih boleh dok makan lagi tengah hujan tu. hahahah..awat abah tak lari sama?? rupa-rupanya abah kata dia dok satukan ikan-ikan tu dalam 1 pinggan. Dalam masa yg sama aku dengar ada waiter yg pekik kt waiter lain suruh tolong kitorang angkut makanan tu semua dulu, sebab masa tu diorang tengah mengemas meja makan lain. 

Mengangkut makanan tu satu hal, hal lain pulak timbul kat meja makan baru tu. Mengenalpasti pinggan makan masing-masing.huhuhu…yelah, aku main angkut je semua pinggan tak kisah pinggan sapa pun. So aku amik la 1 pinggan yg aku rasa mcm makanan yg aku makan tadi. Tapi Nurul kata tu pinggan dia. So pinggan kat di tu pinggan aku la pulak..Gelas air pun main amik je, tak tau betul ke tak.huhu..Lepas tu kami ber-6 boleh sambung makan,okeh!! Macam tak de ape berlaku tadi.huhuh…even air hujan dh masuk makanan dan dh berlari maraton 100 meter 2 kali ulang alik angkut pinggan tadi, tapi selera tetap tak mati lagi.hahahah…cuma abah je yang dah sudah makan, tu pun abah order refill air oren tak sampai-sampai…

Terkekek-kekek kami dok gelak ber-6 cerita pasal kejadian tadi. Dah angkat-angkat masih boleh sambung makan lagi!! MEmang kenangan yg susah nak dilupakan. Walaupun pertama kali kami ber-6 makan bersama. 

 

Alhamdulillah,,weekend yang happening dan seronok bersama mak abah kali ini..(^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s