! Me + KUD !

Okeh… sebenarnya badan dan mata dah penat, tapi malas nk tdo awal sebab tgh tgk bola. Kema tengok bola? Haha.. sejak bilaaa???? Musykil tk? semua ini berlaku kira-kira hampir 2 tahun yg lepas…Sejak perlawanan Suzuki AFF antara Malaysia dengan Indonesia (kot??). Tak berapa ingat. Masa lawan kt Malaysia aku tak tengok, tapi bila lawan kt Indon, baru aku tengok.Ni semua angkara seseorang la!! Dia suruh aku tengok, katanya leh tgk sama2, padahal kitorg masing2 kt rumah masing2.Hahahahah… Tapi sekarang tidak lagi. Aku tengok bola sorang2. Hmmm..tk mo citer kenapa. Hari ni game Selangor VS. Singapore (Piala Sultan Selangor) kt stadium Shah Alam la,mana lagi,kn…

Okeh2!! bukan tu citer sebenar aku malam ni. Dah tersasul jauh dh ni.

Tak de ape pun, juz nk write diary for today events. Siang tadi aku g Karnival Usahawan Desa (KUD) kat presint 2, Putrajaya. Memang banyak booth dan gerai2. tapi tak seperti yg aku jangka. Aku jangkakan banyak gerai yang pamerkan barang-barang kampung macam buah-buahan tempatan, sayuran yang di’pack’ elok. Tapi tak rupanya, Ternyata betullah usahawan bermaksud seseorang yang menjalankan perniagaan termasuk melakukan inovasi dalam produknya. Haha..kema hujah pasal usahawan daaa…Dekat KUD tu usahawan2 tersebut sudah ‘meng’inovasikan produk mentah. Barangan yg dijual macam susu kambing yg telah diproses menjadi lebih sedap dan enak diminum termasuk berperisa coklat, minuman kesihatan daripada herba dan tumbuhan dalam bentuk serbuk (yg biasa kita minum sekarang), pakaian2 dan kerepek2. Biasalah kerepek tkkan tinggal punya.Memang benda tu biasa bagi pameran usahawan desa, tp bg aku yg tk prnah g pameran mcm tu, anggap produk-produk kampung la yg dijual tapi mereka telah ‘meng’inovasikannya. Hehe..

Sempat juga aku ke booth Tv Al-hijrah, dan tak sangka mereka nak berlintas langsung (buat laporan semasa) kat booth tu. Aku pun ape lagi, buat2 la berdiri kat belakang wartawan tu sambil memilih barang. Hahahahah.. agak2 nampak tak aku dlm camera tu?? Kema sooooo ‘mencapab’ (mencari publisiti). hahaha.. Tak juga, sebenarnya aku nk amik sticker tv Al-hijrah sama kat situ, tapi kebetulan benda tu kat belakang wartawan tu ,kn..so apa lagi?? Sambil Menyelam Minum Air la ,kan..huhuh..Tapi ada ke org kenal aku yg nampak dari tepi tu?? (itu pun kalo badan aku ada masuk la dalam camera).

Setelah beberapa jam di situ bersama-sama dengan kepanasan semakin menyengit, aku pun jalan-jalan utk pulang. tapi tiba2 ternampak ada sorang pelakon drama Teduhan Kasih iaitu Sherry Ibrahim (watak Iffah isteri Ehsan(ady putra) ada kat situ. Aku pun bergambar la dengan dia. Yg paling tk sangka tu, dia letak tangan dia atas bahu aku!! So Sweetttt!!!!!!!!!!! huhuh… Rasa mcm disayangi dan macam adik dia lorr….huhu… Okeh2, kema dh kwn dgn artis sekarang.. Haa.sebut pasal kawan dengan artis, sebelah ofis aku ada 1 ofis ni. Salah sorang staf dia adalah….gitaris kumpulan SAMUDERA!! ala..yg terkenal dgn lagu SALAM SEJAHTERA tu… tak tipu..dia yg borak dgn kwn aku, siap dia bg album CD percuma lagi kat kwn aku tu. ahahahah.. bangganya…tapi ktorg tk cam dia sbb dia gitaris, tak selalu expose macam vokalis dia,kn..So tak kenal la dia. Tapi bila tgk gambar dia dgn vokalis n kumpulan dia tu, mmg betullah apa dia ckp tu..hahahahha…kawan dgn artis?tk jugak sbb aku tkde twitter or keek or instagram…buat masa ni aku tk minat la sume tu. Twitter tkde sbb kwn2 ramai kt fb – keek tkde sbb tk minat sgt tgk video org – instagram tkde sbb tk byk upload gmbr dh. Aku anti sosial ke??tk la!!! sebab aku rasa nt hnset aku berat dan nt aku tk bpe minat follow2 keek org (unless aku rasa ttba nk tgk, aku akan search kt google sahaja). Manual ke?? Suka hati aku la..haha.. Oppss!! sungguh tak sopan.. sorry!

Okeh..sebenarnya b4 aku berblog ni, aku tgh tengok bola + window shopping online kat http://www.fashionvalet.com. Just WINDOW okeh!! bukan nk beli. kecewa tgk baju-baju dlm ni…sebab?? sebab…MAHAL!!! dan yg kedua- tak banyak baju yg sopan. Sangat berterus terang,kn.. Aku dapat tahu psl website ni pun sbb baca blog hanis zalikha. Haha..memang la kema slh website,kn..sebab hanis zalikha tu fashion dia lain sgt dari aku. Namanya pn window shopping,kn..tak bermakna nk beli. Bukan apa, tadi g KUD, tk leh beli byk bnda, kena jimat bulan ni. sebab…nk byr duit keta..waaaa…so maybe next 2 month baru leh beli baju lagi.hihi.. Hmmm..rasa mcm nk cari sponsor la,tapi aku tk glamor, sape kenal,kn…okeh, apa kata buat lagu or parody n masukkan dlm youtube..nt baru org kenal..Isyy…’mencapab’ sangat tu. tak yah2, just be yourself kema..Seorang yg sgt sederhana dan tak pandai fashion (!_!). Jeans – tshirt labuh – tudung bawal pin ke bawah — dat is me now…

Okeh la…nk g makan roti,lapar la pulak. Sekian events diary for today… Hope byk lagi event yg best2 lepas ni…

Selamat malam blog ku cayang!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s