~Rasa hati~

Pernah tak rasa tak sedap hati secara tiba-tiba? Pernah tak mimpi sesuatu dan tiba-tiba ia jadi kenyataan? Pernah tak terjadi sesuatu keadaan yg mana kita rasa macam pernah terjadi tapi tidak tahu bila dan di mana?

Aku jarang rasa tak sedap hati tiba-tiba tapi aku masih teringat kejadian yg berlaku masa aku sekolah menengah (mungkin form 2) masa tu. Waktu tu waktu rehat selama setengah jam, aku dan kawan-kawan pergilah berehat kat kantin sekolah. Biasanya kami akan duduk dalam kantin untuk makan dan lepak-lepak kat situ even dh habis makan. Tapi hari tu aku rasa nak lepak dekat tangga yang menghala ke makmal sains sekolah. Sebelum rehat tadi, kami ada subjek Sains kat makmal dan akan bersambung balik lepas rehat. Masa rehat tu aku rasa macam tk nk g jauh2 dari makmal. So aku cakap kt kawan-kawan yg aku nk lepak kat tangga sebab aku rasa something ari tu. So aku cakap kt kawan-kawan yg aku nk lepak kat tangga tu sementara tunggu waktu rehat habis.

Rupa-rupanya rasa tak sedap hati aku berasas sebab ada sesuatu yg akan terjadi pada aku selepas tu. Bila waktu rehat habis, kami bergerak masuk ke dalam makmal semula. Sampai je kat tempat aku, aku dapati beg alat tulis aku (pensil case) aku ringan dan kosong!! Ya Allah!! Rupa-rupanya barang-barang aku dalam pencil case tu sudah hilang dan aku tahu, ia sudah dicuri!!! Masya Allah!! Masa tu memang aku sedih sangat sebab aku tak sangka yg rasa tak sedap hati tadi tu bersebab rupanya. Banyak pen, pensil, dan pen-pen yg cantik yg aku kumpul selama ni hilang. Aku sayang sangat barang-barang aku tu..Even bukanlah barang barang berharga yg hilang tapi barang-barang yg aku sayang pulak tu yg hilang. Apa lagi, cikgu mula la buat spot check kt dalam kelas. Tapi sayang..tak dapat juga barang-barang aku tu. Mungkin pencuri tu bukan dari dalam kelas aku. Hmmm…sedih…dan tak sangka resah hati aku waktu rehat tadi bersebab…Hanya Allah yg mengetahui kejadian sebenar.

Situasi kedua yg mana mimpi aku pernah jadi satu kenyataan. Tapi aku tahu, tu semua ketentuan Allah dan aku hanya bermimpi atau Allah beri aku anugerah untuk mimpi dulu sebelum kejadian tu berlaku. Aku pernah bermimpi memegang bayi sebanyak 2 kali. Dan aku tau tu baby dari dalam keluarga aku cuma aku tak tau siapa punya baby tu. Tak lama lepas tu (maybe dalam minggu yg sama), aku dapat tau kakak aku pregnant!! Haha…maybe baby dlm mimpi tu adalah baby akak aku. Hehe.. Kali kedua pn aku mimpi, tapi lama lepas tu baru ada orang yg di sekeliling aku yg pregnant. Tapi aku tak ingat siapa.

Situasi ketiga yg mana terjadi sesuatu keadaan yg mana kita rasa macam pernah terjadi tapi tidak tahu bila dan di mana atau lebih dikenali sebagai ‘DEJAVU’. Tu biasalah,kn..aku pun pernah rasa.

Sebenarnya, tu semua takdir dan ketentuan Allah..Allah bagi kita rasa dahulu perkara yg bakal terjadi dahulu dan apabila ia benar2 terjadi, ia menuntut kesabaran yg tinggi. Semoga Allah memberi kita hidayah dan kesabaran yg tinggi serta yg baik-baik sahaja untuk menempuh semua situasi dan kejadian dalam hidup kita. Sebagai hambaNya yg beriman kita hendaklah bersabar dan redha dengan segala qada’ dan qadarnya,kn…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s