Istanbul Aku Datang!!

Bestnye citer nih!!!

http://www.facebook.com/IstanbulAkuDatang

huhuhu…aku bagi 9/10 for this film..’Dia’ yg jarang gemar dgn film Melayu pun boleh kata suka n best, memang best la tu.huhu..Siap asyik sebut2 Istanbul je..hahahah…

Ok, Istanbul Aku Datang pasal seorang gadis bernama DIAN (Lisa Surihani) yang sanggup pergi ke Istanbul dan sambung belajar Short Course dlm bidang bahasa hanya untuk bersama-sama dgn boyfren die = AZAD (Tomok). Dian ni sangat comel dan periang, frendly and sweet dan ada blog yg dia selalu update. Dia update pasal angan2 die n plan dia untuk berkahwin dgn Azad dlm blog tu, so followers die slalu la follow die. Dia plan untuk buat Azad propose die n bertunang dalam masa 3 bulan tersebut.

Malangnya bila die sampai di sana dan tinggal 2 hari di rumah Azad dan kwn2 Azad tu, Azad dh suruh Dian cari rumah lain seab tkut org lain nampak dan tk sedap mata memandang. So dengan bersendirian Dian ni pun keluaarlah mencari rumah2 kosong sehinggalah dia dpt sebuah rumah yg sweet n nice yang disangka tiada housemate dgn dibantu oleh seorang laki yg bantu die angkat beg masa mula2 smpai Istanbul dulu.

LEbih malang bila rupa2nya rumah tu dah dihuni terlebih dahulu oleh seorang lelaki yg juga rakyat Malaysia iaitu HARRIS (Beto Khusyairi) yg bekerja sbg penulis buku kanak-kanak. Kedua2 nya terkejut dan setiap hari mereka bergaduh sebab masing2 tknak keluar dari rumah tu. Rupa2nya Dian dah ditipu oleh lelaki yg tolong angkat beg tu, tipu duit dia dan akhirnya Dian dh tkde duit nk pndh rumah lain. So, nak tk nak, Dian kena tahan la dgn perangai Harris. Harris ni pulak pada aku sweet sgt sbb lingkungan umur dlm awal 20-an n dia ada sikap tak nak mengalah tapi akhirnya akan mengalah jg dlm marah.huhu..

Azad yg mulanya tk nk ‘care’ sgt pd Dian sbb alasan sibuk dgn kuliah akhirnya pergi ke rumah Dian kerana dia dpt tahu Dian ada problem dgn ‘jiran’ die. Padahal Dian ada prbleh dgn HOUSEMATE die iaitu Harris. Dian ni seboleh2 tak nak Azad tahu yg housemate die laki sebab nt mestilah Azad ni kecewa dan marah,kn..yelah, kuar dr rumah Azad pun sbb Azad tk kasi dorg tggl srumah bukan muhrim, ni kan Dian pulak dpt housemate dgn Harris.

Kelam kabut si Dian kemas umah dan sorokkan brg2 Harris sebab Azad nk dtg. Last2 bila Azad buka pintu, die nampak ada sorg laki Turki yg buka pintu tu dengan baru nak pakai baju dan bila Azad ternampak Dian yg termengah2, dia dh salah anggap. Dia ingat Dian dan laki Turki tu serumah dan buat benda tk senonoh. Kesian Dian…Azad pun marah2 la Dian cakap Dian buat benda tk baik. Si Harris pun dgr dorg gaduh dan nak masuk campur tapi last2 die pulak kena mrh.

Azad tinggalkan Dian tanpa sempat jelaskan perkara sebenar. Tiba2 tuan rumah yg dorang duduk tu dtg dan dh tau yg laki yg kenalkan Dian dgn rumah tu dh tipu Dian. So dia bayar Dian dan mnta Dian tgglkan rumah tu sebab rumah tu untuk laki je kot. Kesian Dian, dia nangis dan kemas barang2 utk pindah rumah. Harris yg serba slh tolong Dian untuk jelaskan perkara sebenar pd Azad tp Azad tk nk dgr dan maki Dian macam2..Lebih teruknya rupa2nya Azad dah ada GIRLFREN lain!! namanya Melis. Kantoi pn sebab Melis ttba dtg masa tu jg dan gaduh dgn Dian. Bila Dian dpt tau, tersenyap dia dan terus kuar dr rumah. Scene paling sedih ialah masa Harris dan Dian smpai umah..Dian nangis dan Harris tolong buat air utk Dian dan basuhkan rmbut Dian yg kotor akibat dibaling aiskrim oleh Melis.

Dian amik keputusan untuk balik Malaysia tapi sebelum tu Harris bawa Dian jln2 sekitar Istanbul supaya Dian ada kenangan manis di Istanbul sblm Dian balik Malaysia.

Tapi tiba2 Azad dtg dan minta maaf pada Dian dan nak ikut Dian balik Malaysia dan nak kawen dgn Dian. Esoknya sebelum Dian kuar dari rumah tu, dia tak sanggup jumpa Harris tp akhirnya Harris nmpk DIan nak naik teksi dgn Azad utk ke airport. Terus Harris lari turun dan kejar Dian..

Harris : Jangan balik awak..tolong jgn balik Malaysia.

Azad : Jom kita balik,awak..Kita kawen dan awak beri saya peluang kedua..

Harris : Saya tk akan minta peluang kedua..saya cuma minta awak beri saya 1 peluang..

Dian : (blur..tak tau nak pilih sapa)

Siapa pilihan Dian??

Akhirnya…selepas 2 tahun, Dian pun berkahwin di dan tangkap gambar berpakaian gaun putih di Istanbul dengan suaminya iaitu..

HARRIS…

huhu..aku dh agak dia akan pilih Harris sbb Harris sweet..huhuhu…

Walaupun citer ni ringan je, tp sgt sweet tau. aku bagi 9/10 sbb 1 mark lagi tu aku tk puas hati dgn lakonan Tomok.Agak kaku. mybe sbb die baru lg dlm lakonan,kn.huhu…

Overall, ISTANBUL Aku Datang awesome!!!🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s