~UMRAH 29 Julai-9 Ogos 2012~

Alhamdulillah…dengan izin Allah S.W.T, dapat jua aku, mak, abah dan tokwan (ayah abah) menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah Al-Mukarramah selama 12 hari dengan sempurna dan lancar melalui agen pelancongan Utas Travel & Tours Malaysia.

 

Tanggal 27 Julai 2012, kami bertolak ke KLIA jam 11.30 pagi dihantar oleh abang,kak long, Fakhri dan paknjang untuk penerbangan kami jam 3.00 ptg menuju ke lapangan terbang Jeddah. Setelah beberapa jam, kami diarahkan masuk ke balai berlepas dan sudah tidak boleh jumpa family lagi.Masa tu,memang mengalir air mata perpisahan apa lagi masa cium Fakhri. 

 

Kami bergegas untuk solat zohor dan masuk ke proses kastam semua. Setelah semua urusan selesai, berjalanlah kami dengan beg ke dalam perut kapal terbang..Perjalanan dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan doa memulakan perjalanan.Semoga perjalan kami ini diredhai dan sentiasa dipelihara keselamatan dan kesihatan.

 

Semasa penerbangan…

 

Perjalanan ke Jeddah mengambil masa kira-kira 9 jam dan dijangka sampai jam 12 waktu Malaysia bersamaan jam 7.59 malam waktu Arab Saudi. Ketika hampir satu jam perjalanan, kepala aku rasa macam pening dan perut rasa tak sedap. Rasa-rasa macam nak mabuk dah ni. Aku diamkan je..Nah!! sepanjang 9 jam perjalan menuju ke Jeddah, memang aku mabk dan muntah teruk sampaikan tak dapat makan langsung kerana perut dan kepala dah masuk angin. Kesian aku..waaaaaaaaaaaa….. Masa tu, memang aku dah batal puasa la, untuk makan ubat dan minum air. Lagipun kan musafir,jadi bolehlah buka puasa.InsyaAllah nanti aku balik Malaysia after Raya aku ganti. Aku mabuk teruk sampai orang sekeliling perasan dan ada yg berikan minyak cap kapak dan tips pada aku.huhuu…

 

Sampai lapangan terbang Jeddah..

 

Aku tak larat sangat nak bangun dan takut akan pengsan bila bangun nanti. Tapi aku gagahkan juga badan sebab semua orang dh turun. Alhamdulillah, keluar saja pintu flight tu dan kaki jejak di tangganya, aku rasa badan mulai kuat dan segar. Alhamdulillah…Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan hambanya, aku diberika kudrat luar biasa yang mana aku tak rasa sakit dan pening langsung dah after jejak kaki di tanah Jeddah tu. Malahan,aku dan abah yg bergegas menguruskan semua urusan imigresen dan mencari tempat makan..Masa tu tak rasa perut lapar sangat tapi rasa segar sangat. After mencari tempat makan,barulah perut terasa lapar. Kami berempat menuju ke café Sbarro untuk makan di situ sebelum menunggu flight seterusnya untuk ke Madinah, Hanya kami berempat yang naik flight ke Madinah sebab kami request macam tu. Jemaah lain naik bas ke Madinah. Flight kami ni pula dalam pukul 4 pagi, jadi berejam juga lah menunggu!!

 

Boarding Pass

Jam 4 pagi, flight kami bertolak ke Madinah dan sampai di sana jam 4.55 pagi. Sampai-sampai saja dah ada agen Utas yang menunggu di sana dan bawa kami ke hotel – Hotel Bahauddin. Apabila kereta yg kami naik tu dah dekat dengan hotel,aku nampak sebuah masjid yang cantik.Rupa-rupanya itu adalah 

MASJID NABAWI!!!MasyaAllah!!SubhanaAllah…sampai juga aku ke sini..terima kasih ya Rabb!!

 

Hotel Bahauddin

Lebih kurang jam 5 lebih kami sampai di hotel,berehat sekejap dan menunaikan solat subuh. Jam 5 lebih di Malaysia masih terlalu awal untuk dapat tengok Matahari,tapi di Madinah jam 5 pagi seperti jam 7.15 pagi di Malaysia.Bayangkan betapa panjangnya waktu siang di Arab Saudi pada musim panas!! Suhu di sana mungkin mencecah hampir 40C , sangat2 panas dan berbahang!!MasyaAllah…terkejut jugalah,tapi kami memang dah tau lama dah dan sudah bersedia menghadapinya. 

 

Day 1 di Madinah Al-Munawarrah..

 

Kami memulakan hari pertama di Madinah selepas tidur sekejap after solat subuh dengan ziarah ke Masjid Nabawi bersama jemaah wanita yang lain. Subhanallah,,cantiknya masjid Nabawi ni!! Dalam Masjid Nabawi ni tak dibenarkan membawa HANDPHONE  terutamanya yang bercamera! Jadi kami sudha bersedia dengan taktik kami masing-masing iaitu menyembunyikan handphone di dalam STOKIN kat kaki nih!!huhuhuhu..mungkin bunyinya agak geli tapi itulah cara selamat untuk tidak dirampas..huhuhu…

 

Di dalam Masjid Nabawi, kami segera menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat yang lain. Alhamdulillah, sangat terharu dan macam tak percaya dapat menjejakkan kaki di bumi Anbiya – bumi Rasulullah S. A.W ni apatah lagi dapat solat di masjid nabi!!Alhamdulillah..

 

Kami kemudiannya dibawa oleh petugas Utas untuk ke Raudhah – taman-taman  syurga yang doa akan dimakbulkan untuk sesiapa yang berdoa di situ. Ramainya jemaah wanita dari Negara-negara dan group lain yang menunggu turn masing2..Kami hanya dapat masuk setelah beberapa lama berada di situ.

 

Akhirnya, giliran kami tiba dan kami bersesak-sesak masuk ke dalam kawasan Raudhah untuk solat,berdoa dan memohon segala perkara yang dihajati di situ. Kawasan Raudhah hanya bermula di permaidani berwarna HIJAU di mana kawasannya memang agak kecil dan sempit. Setiap jemaah perlu pandai mengambil kesempatan untuk solat dan berdoa selama dan sepuas mungkin dan terpaksa tahan segala bentuk halangan dan tolakan dari jemaah lain. Alhamdulillah, aku dapat solat dan berdoa di dalam Raudhah tersebut. Majoriti jemaah wanita akan nampak kesan menangislah bila keluar dari Raudhah tu sebab masing-masing memohon ampun dan berdoa sepuasnya di dalam Raudhah itu.

 

Kami diberitahu bahawa makam Rasulullah terletak di bawah kubah berwarna hijau dan mimbarnya juga kami boleh nampak tapi aku tak berkesempatan untuk amik gambar. Aku berdoa agar dapat menziarahi makam Rasulullah dan menyampaikan salam kepada baginda lagi suatu hari nanti,insyaAllah.Amin…

 

Aktiviti bebas dilaksanakan oleh para jemaah selepas ziarah pertama tersebut. Aku,mak dan abah amik tak lepaskan peluang solat hampir setiap waktu di Masjid Nabawi sebab jarak hotel dengan masjid tak sampai 400 meter agaknya.boleh nampak dengan jelas pintu masuk masjid. Suasana waktu solat di sini memang tidak sama dengan di Malaysia. Bila hampir dengan waktu solat, ribuan manusia akan kelihatan keluar dari setiap pelusuk bangunan dan jalan-jalan, berjalan menuju ke Masjid Nabawi. Kedai-kedai akan ditutup dan hanya dibuka semula selepas solat. Memang Masjid Nabawi tidak muat untuk menampung ribuan jemaah solat, so memang akan ada ribuan jemaah yang akan solat di luar iaitu perkarangan masjid sahaja. Itu pun bersesak juga kat luar.Subhanallah…Selepas solat fardhu, biasanya ada solat jenazah disebabkan hampir setiap hari ada sahaja orang yang meninggal dan jenazah mereka disembahyangkan di masjid Nabawi.

 

Waktu sahur dan berbuka, juadah disediakan oleh pihak hotel dan makanannya lebih kurang sama seperti di Malaysia. Alhamdulillah..Ada nasi berlauk dan dessert cuma di sana takda BAZAR RAMADHAN,ye!! huhuh… Waktu berbuka di sana lebih kurang jam 6.59 petang dan sahur pula jam 2.30 pagi sebab waktu subuhnya ialah pada jam 4 pagi.

 

 

Day 2 di Madinah…

 

Hari kedua (Ahad) ada ziarah lagi ke Masjid Quba’, kebun tamar(kurma), makam Saidina Hamzah, Bukit Uhud, bukit tempat memanah waktu perang pada zaman Rasulullah dan beberapa tempat lain. Alhamdulillah, dapat tengok dengan mata sendiri keindahan dan keunikan tempat2 yang pernah didengar zaman sekolah dulu.

 

Aktiviti lain sepanjang hari berjalan seperti biasa iaitu solat di Masjid Nabawi dan membeli belah beberapa barang di Madinah sebagai kenangan. Banyak kedai di tepi-tepi jalan sekitar hotel kami tu. Ada kedai jual beg, sejadah, kedai emas, kedai jam tangan, kedai handphone dan yang paling banyak ialah kedai yang jual JUBAH!! Waaaa…cantik2 sume jubah tu tapi syangnya aku tak dapat beli sebab susah dapat saiz.huhuhu…Tak pela,yg penting dapat beribadah di sana..

 

Waktu malam kami tak melepaskan peluang untuk solat Isyak dan bertawarikh sebanyak 20 rakaat dan 3 solat witir berjemaah di Masjid Nabawi. Bacaan ayat-ayat al-Qur’an yang sedap oleh imam dapat aku dengar sendiri dan ternyata memang terharu dapat solat bersama ribuan jemaah umrah dan penduduk Madinah yang lain. Alhamdulillah..Selepas solat, kami akan berjalan-jalan lagi ‘window shopping’ kat kedai-kedai kawasan situ dan beli makanan untuk makan sebelum tidur. Dapatlah rasa kebab dan ayam bakar Madinah.Sedapp…huhuhu….

 

Day 3 di Madinah..

 

Kami bersiap2 untuk bertolak ke Jeddah semula sebelum ke Makkah untuk Umrah yang sebenar, pagi ni. Kami hanya ziarah di Madinah selama 2 hari sahaja dan selepas tu bergerak ke Makkah untuk tujuan sebenar.Sayangnya nak tinggalkan Madinah yang bersih dan aman rasanya..Mak kata, suasana budaya dan persekitaran serta dugaan di Madinah tak sama macam di Makkah nanti. Kat Makkah, lagi banyak dugaan yang kita kena sabar. Risaunya…

 

_________________________________________________________________________________

 

Day 1 di Makkah Al-Mukarramah..

 

Perjalanan dari Jeddah ke Makkah hanya mengambil masa lebih kurang sejam menaiki kereta yang diambil oleh petugas di sana. Kami dibawa terus ke hotel Mawaddah yang serba sederhana. Memang keadaan di Makkah berbeza dengan Madinah. Persekitaran Madinah lebih bersih dan teratur dan nampak agak mewah berbanding di Makkah. Sampai di hotel, kami berehat dan menunggu waktu berbuka serta menunggu waktu malam untuk ibadah tujuan sebenar kami iaitu UMRAH.

 

 

Selepas waktu berbuka, kami bersiap2 tunggu jemaah UTAS yang lain berkumpul di lobi untuk bergerak sama-sama ke MasjidilHaram untuk menunaikan UMRAH. Pertama kali menuju ke MasjidilHaram, hati di dalam risau memikirkan ‘Dapat ke aku buat umrah dengan betul ni??Macammana la keadaan kat dalam tu nanti’. Bila mata sudah ternampak MasjidilHaram yang sangat indah bersinar terutama sekali di waktu malam macam tu, hati rasa macam tak percaya!Ya Allah..aku nampak MasjidilHaram depan mata aku sendiri. Selama ni tengok kat internet dan tv je. Alhamdulillah,aku dapat datang ke sini juga!!

 

Begitu ramai manusia yang aku kira menjangkau ratusan ribu atau mungkin jutaan umat Islam yang bersesak-sesak keluar masuk MasjidilHaram tersebut. Kami jalan seiringan dan mula buka kasut dan msukkan ke dalam uncang UTAS untuk dibawa masuk ke dalam MasjidilHaram. Kami masuk masjid melalui pintu 1 iaitu ‘King Abdul Aziz Gate’. Kami kena ingat pintu tu sebab pintu tu senang untuk kami keluar balik ke hotel semula.

 

Apabila mata terpandangkan Baitullah, Ya Allah,,aku rasa macam ‘betul ke ni?’ Macam tak percaya. Tapi aku kena segera sedar diri sebeb kami perlu segera mulakan tawaf. Keadaan sesak jangan dikatalah!!Wudhu’ kena sentiasa dijaga supaya dapat menunaikan umrah ni. Kmai terus berjalan ke kawasan tawaf dan memasuki kawasan sesak orang ramai menuju ke arah lampu hijau di mana menjadi point pertama kami memulakan tawaf. Di situ juga terletaknya batu Hajar Aswad yang menjadi point pertama untuk tawaf juga. Kami segera menyebut ‘Bismillahi Allahu Akbar’ dan mengangkat tangan sebagai isyarat ke arah Baitullah dan akan dilakukan setiap kali pusingan seterusnya. Pusingan pertama dilakukan dan kami berempat sudah terpisah dari jemaah UTAS yang lain. Tapi kami teruskan juga sebab kami sudah tahu perkara yang perlu dilakukan dan tak sempat nak cari mereka sebab terlalu ramai orang yang mengasak dan menolak-nolak. Memang kena tahan fizikal dan mental betul bila di situ. Alhamdulillah, tawaf sangat seronok sebab keadaan fizikal dan mental yang memang sudah bersedia dan sihat membolehkan kami tawaf dengan lancar. Malangnya masuk pusingan ke-5, tokwan aku sudah mula tak larat untuk jalan. Dia dah mula lemah dan dipapah oleh abah dan seorang lagi jemaah. Sehinggalah pusingan terakhir, tok wan sudah betul2 tak larat dan trduduk terus di tengah2 orang ramai yang sedang tawaf. Terpaksa kami memapahnya dan habiskan juga pusingan ke-7 itu dan terus keluar dari kawasan yang sesak itu menuju ke kawasan yang lebih kurang orang untuk baring dan rehatkan tok wan. Kesian tokwan, dah macam tak cukup nafas dah. Risau sangat. Kami picit2 kaki tokwan dan curahkan air ke muka dan badan tokwan. Ramai jemaah lain yang bukan orang Malaysia tutur membantu bagi tips dan dorongan serta curahkan air ke muka tokwan. Walaupun tak faham bahasa mereka, mereka tetap membantu dan kami tetap berterima kasih kepada mereka. Semoga Allah memberikan mereka kekuatan juga untuk beribadah.

 

Selepas beberapa minit tokwan sedar, aku ambil kesempatan solat sunat di kawasan situ juga. Selepas hampir sejam berehat, abah putuskan untuk bawa aku buat Saie dan Bercukur untuk habiskan rukum Umrah aku malam ni juga. Aku dan abah menuju ke Bukit Safa dan mulakan Saie ke Bukir Marwah. Jarak kedua-duanya mungkin dalam 1 km, agak penat jugalah berjalan tapi tak boleh cakap lepas macam tu, Kena sabar dan berzikir dalam hati. Di tepi-tepi lorong Saie tu ada disediakan air zam-zam, jadi jemaah boleh berhenti sekejap untuk minum dan berehat. Alhamdulillah, Saie kami sudah selesai dan kami terus menuju ke kawasan lain untuk bercukur iaitu memotong sedikit rambut bagi menghabiskan rukun Umrah kami dan membebaskan kami dari Ihram. Alhamdulillah, aku sudah selesai Umrah dan keluar dari Ihram, maka bolehlah melalukan perkara-perkara yang dilarang di dalam imrah seperti memakai bau-bauan. Pakai bedak Johnson Baby kan ada bau wangi, tu pun tk boleh dalam ihram!!

 

Kami mula cari mak dan tokwan yang kami tinggalkan di tepi tiang tadi sebelum Saie. Kami hubungi pihak agen UTAS untuk minta bantuan bawa balik tokwan ke hotel dengan kenderaan sebab tokwan tak larat berjalan balik. Akhirnya hampir setengah jam menunggu, petugas UTAS datang dan bawa balik tokwan dengan guna ‘wheelchair’ je.Huhu..jadilah..tu pun dah pukul 2 pagi baru kami dapat balik ke hotel. Keadaan Makkah jam 2 pagi tak seperti tempat-tempat di Malaysia. Aku rasa KL pun kalah sebab waktu tu pun masih jem dengan kereta dan manusia yang tak putus-putus keluar masuk ke masjid. Hon kereta memang sentiasa berbunyi dan tak akan sunyi dari bunyi hon tu sampai la bila-bila. Mak kata ‘asal dorg start je keta, bunyi la hon tu’. Asalkan ada kereta yang atau orang yang menghalang lalulintas dorang, bunyi la hon tu. Hon tu sebagai tanda isyarat ke tepi je lah, bukan kasar seperti di Malaysia.

 

 

Bila sampai di hotel, kami terus bersahur di café hotel. Usai sahur, kami naik bilik dan berehat sementara menunggu waktu subuh. Selepas subuh pagi tu, abah temankan mak habiskan umrah sebab mak belum buat Saie dan bercukur lagi, so mereka berdua ke masjid semula. Aku dan tokwan pula tidur di hotel. Tokwan pula habiskan umrahnya malam esoknya dengan mengupah petugas di situ untuk bawa tokwan Saie dan bercukur.

 

Hari-hari seterusnya di aktiviti ibadah dijalankan seperti biasa iaitu tawaf sunat, solat fardhu dan solat sunat tarawikh 20 rakaat di masjid bersama jutaan jemaah dan penduduk setempat. Ada juga diselangi dengan beberapa kali ziarah luar antaranya ke Jaaranah iaitu miqat untuk berniat umrah(bagi jemaah yang ingin membuat umrah lagi) dan Jabal Rahmah iaitu tempat di mana Adam dan Hawa bertemu selepas berpisah dari syurga.

 

Jabal Rahmah berbentuk bukit yang terdiri daripada batu-batu kecil dan besar yang di puncaknya ada sebuah batu berbentuk empat segi empat yang tegak berdiri dan berwarna separuh hitam di bahagian bahawah dan separuh lagi putih di bahagian atas. Batu itu dipenuhi dengan nama-nama orang yang mengunjunginya terutama nama sendiri dan pasangan. Tak kurang juga yang berdoa menghadapnya dan berebut-rebut untuk menyentuhnya kerana kononnya jika berdoa berkenaan jodoh di situ, Allah akan kabulkan doa dengan mengurniakan jodoh kepada si pendoa itu. Allahualam.. Di bukit itu ada batu-batu berbentuk tangga untuk memudahkan para pengunjung naik dan turun. Tetapi yg tk bestnya, bukit tu juga dipenuhi dengan penjual yang menjual minyak wangi, tasbih, dan barang-barang kecil lain, cameraman yang sibuk memujuk pengunjung untuk bergambar dan akhirnya kenakan bayaran yang tinggi. Aku juga terkena dengan helah cameraman2 tu sebab kena bayar harga yang mahal untuk beberapa poleroid sahaja. Waaaa!!!! Ada juga peminta-peminta sedekah kanak-kanak dan orang dewasa yang duduk dan terbaring, di celah-celah batu pun ada. Fizikal mereka kelihatan tak berapa sempurna sebab ada yang seperti kudung dan sakit tapi ada aku dengar cerita dari beberapa orang kawan, yang peminta-peminta sedekah tu ada yang berlakon sakit dan aku dinasihatkan tak beri sedekah kepada peminta-peminta sedekah di Makkah ni sebab nanti dorang terus kerumun orang yg bagi sedekah tu. Allahualam..Selain tu, di bahagian bawah bukit Jabal Rahmah tu ramai arab (tak sure arab betul ke tak) yang bawa unta yang dihiasi dengan bunga-bunga warna warni untuk bergambar dengan para pengunjung. Dorang pujuk pengunjung untuk bergambar dan naik unta tu dan akhirnya kenakan bayaran yang mahal. Kami para jemaah UTAS dah dinasihatkan oleh Mutawwif masa dalam bas lagi supaya tak terpedaya dengan dorang tu. Tapi, aku masih sempat tangkap gambar curi-curi dekat dengan unta-unta tu sebab kalo dorang tau kami tangkap curi-curi, dorang akan bawa unta tu bergerak je, tak nak kami tgkp gmbr tanpa bayar apa-apa. Macam-macam hal dan kerenah manusia untuk cari makan.Isy2!! Dugaan betul kat sini. Mulut kena sentiasa jaga supaya tak cakap apa-apa yang tak patut,macam ‘panas’, ‘kotor’ dan macam-macam lagi. Sebab macam-macam dugaan Allah akan uji kita. Tapi ada juga yang aku terlepas cakap macam ‘panas’ dan ‘jauh’, almaklumla manusia, tak terlepas dari khilaf. Tapi lepas tu bila tersedar, cepat-cepat aku mohon ampun dan berdoa semula kepada Allah untuk kuatkan aku hadapi segala dugaan.

 

 

Macam tu la aktiviti kami sepanjang 9 hari di tanah suci penuh keberkatan ini. Ada masa lapang, kami berjalan-jalan window shopping dan juga shopping betul2 di kedai-kedai dan mall yang ada di sekitar situ, beli souvenir untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan di tanah air. Kadang-kadang tak tau nak belikan ape sebab banyak sangat barang yang best2. Handphone i-Phone kat sana harganya 400 Riyal je. Ha..murah tak??Huhu..Tapi simcard nya mahal = 35 Riyal dan topup start dari 30 Riyal ke atas!! Agak mahal berbanding di Malaysia. Matawang di Saudi ni ialah Saudi Riyal (S.R) tapi biasanya sebut Riyal je. Ala..macam Ringgit Malaysia,kita panggil Ringgit je,kn..huhu..Nilai matawangnya juga murah sikit berbanding Malaysia, tapi lebih kurang je pun.

Kat sini banyak kedai barang emas, kedai jam, jubah. Tak kurang juga ada kedai jual makanan masakan dan kuih-kuih melayu Malaysia. Tapi harganya agak mahal sebab dijual ikut set. Kami beli juga la makanan-makanan tu dan dibungkus bukan guna polisterin tapi guna kertas silver tu(ape ntah namanya) untuk berbuka.

 

 

Hari terakhir kami di Makkah dan akan menamatkan perjalanan umrah ini, kami bersiap-siap pagi itu untuk penerbangan balik ke KLIA semula jam 2.30 petang ke airport Jeddah. Kami berkumpul di lobi hotel dan barang-barang seperti beg dan air zam-zam dibawa masuk ke dalam bas. Perasaan ketika itu memang dah rindukan Malaysia tapi sedih nak tinggalkan Makkatul Mukarramah yang suci dan tak tau bile agaknya akan datang kembali sebagai tetamu Allah lagi. Hanya lambaian tangan yang dapat aku berikan bila ternampak MasjidilHaram sebagai tanda rindu dan selamat tinggal kepadanya dan kepada semua penduduk Makkah. Sedihhh L

 

Kami group jemaah UTAS dibawa oleh bas ke airport Jeddah yang ambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan dari Makkah. Sebelum sampai airport, kami singgah di sebuah masjid terapung di atas laut untuk solat Asar. Wahhh.. ada laut…first time nampak sepanjang kat Arab Saudi nih!!huhu…Tapi cuaca agak panas membahang buatkan kami tetap berpeluh. Sempat jugalah aku amik gambar kat situ.

 

Perjalanan diteruskan ke airport Jeddah dan kami uruskan hal-hal imigresen dan baggage. Kami berbuka puasa di airport beramai-ramai group UTAS dan ramai lagi group jemaah umrah dari agen lain sambil bersila di depan kaunter baggage tu. Bekalan berbuka telah disediakan dan diberi oleh agen UTAS sebab dorang tak dapat nak uruskan kami dah, so kami kena urus sendiri perjalanan balik kami. After berbuka, kami masing-masing cari masa dan turn untuk solat. Lepas tu, tunggulah kami sehingga jam 11 malam untuk flight balik ke Malaysia.



Selamat tinggal Madinah Al-Munawwarah..

Selamat tinggal Makkatul Mukarramah..

 

 

InsyaAllah jika ada rezeki dan tiba masa untuk Haji pula, aku datang semula untuk beribadah. InsyaAllah..amin…

 

 

~~~Sekian~~~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s