Fantasi Cintaku..

Sebuah kisah cinta fantasi yang mengisahkan percintaan 2 manusia yang berlainan dunia..Riya seorang gadis cantik yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital,mempunyai kisah keluarga yang tidak berapa jelas di mana ibu bapanya yang terpaksa berpisah disebabkan suatu keadaan berlainan dunia.Bapanya berketurunan Bunian manakala ibunya gadis biasa berkahwin dan melahirkan seorang puteri bernama Riya.Riya terpaksa tinggal dan dibesarkan oleh makciknya yang sangat sayang kepadanya tetapi agak garang apabila Riya bertanyakan tentang orang tuanya kerana makciknya tidak mahu mengungkit soal keturunannya yang tidak jelas.Riya juga dikurniakan satu keistimewaan di mana dia boleh meramal masa depan sesorang sehingga ramalannya mendatangkan keburukan pada orang2 di sekelilingnya.Dia juga dicintai oleh seorang lelaki yang merupakan pesakit yang pernah dirawatnya dan sembuh,juga melalui keistimewaan yang ada pada Riya.

Riya bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Megat Dewa Alam yang ditemuinya di sebuah lorong gelap yang dibasahi hujan pada suatu malam ketika dia pulang dari hospital untuk ke rumah.Alam..lelaki yang dipanggil sehingga kesudahan cerita merupakan lelaki yang bertakhta di hati Riya walaupun Riya tahu mereka tidak mungkin bersama seperti manusia lain..Alam sangat mengetahui perihal kisah keturunan Riya manakala Riya pula samar tentang diri Alam.Alam sentiasa berada dalam fikiran Riya sejak mereka bertemu di lorong tersebut. Riya semakin ingin mengetahui perihal diri Alam yang sangat misteri kerana hanya muncul di waktu malam dan di dalam mimpi-mimpinya. Alam merupakan seorang lelaki yang digambarkan kacak dan sangat elegan di dalam suite jaket hitamnya dam memiliki raut wajah yang sukar dilupakan.

Alam berasal manusia biasa namun disebabkan angkara sebuah cerita silam berkurun abad yang lalu,menyebabkan dia menjadi manusia yang sangat tua di alam Riya.Namun dia tetap kelihatan muda disebabkan peristiwa tersebut.Alam merupakan seorang vampira yang memberi Riya cinta dan kasih sayang sehingga mereka akhirnya berkahwin dan dikurniakan anak kembar putera dan puteri.Namun,mereka hidup berdua tidak lama apabila Alam terpaksa meninggalkan Riya membesarkan anak2 mereka seorang diri. Namun Riya redha dan merelakan pemergian Alam kerana cintanya yang begitu suci dan agung kepada Alam walaupun Alam bukanlah manusia biasa.

Namun,takdir menemukan Riya dengan seorang lelaki yang mirip seperti Alam..apakah yang terjadi seterusnya??
Riya menyangkakan lelaki itu adalah Alam,kerana lelaki itu tinggal di rumah yang pernah dihuni Alam sebelum ini.Rupa-rupanya lelaki itu merupakan cicit kepada Alam..Akhirnya mereka ditakdirkan bersana hingga ke akhir
cerita..

Cerita ini kelihatan seperti sangat tidak masuk akal dan tidak logik kerana berkait dengan alam dongeng dan fantasi yang sangat tidak relevan.Namun,bagi aku,aku tidak pernah lagi menemui cerita novel cinta yang sebegini kerana selama ini semua cerita yang aku pernah baca merupakan kisah yang sama je.Cinta..cinta..cinta yang sanga bosan,jalan cerita yang lembab kadangkala,juga sudah tahu akhir ceritanya..hm…novel ini telah memberi impak baru kepada aku untuk terus mencari karya2 novel yang bermutu dan lain dari yang lain..pencarianku tidak tamat kerana aku tahu pasti banyak lagi cerita ada di luar sana meskipun dalam pelbagai genre..kelakar,seram,fantasi,romantik dan sebagainya kerana Allah telah mengurniakan pelbagai kekreatifan dalma diri manusia bergelar novelis…pasti mereka ada cerita2 baru untuk dikongsi..yang penting..AKU PENCINTA NOVEL!!

6 thoughts on “Fantasi Cintaku..

  1. akira says:

    salam ^^… sya juga suka novel ni…sebelum baca novel ni sy sentiasa mengharap dapat bercinta n berkahwin ngan vampire (heheh,,,pelik kan)…tapi after baca novel ni,, sy terfikir balik tentang angan2 sya tu… huh…mmg susah andai benda tu benar2 berlaku..per pun saya juga pencinta novel!!! (mybe,heheheh)

    • sweet potato says:

      sori lmbt reply🙂 sy suka baca novel ni dan rasa mcm fantasi sgt..yg tk thn tu part dia bertemu dgn org vampire dlm kapal.huhu..

  2. sweet potato says:

    wahhhh!!! penulis novel ini Fatinnilam Sari sudi meninggalkan komen dan melayari entri saya ni..terima kasih sangat2!!🙂 Kami harap dapat membaca novel-novel anda yang bermutu seperti ini lagi dan lain dari yang lain..gud job and keep it up !!🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s