Ketika Cinta Bertasbih-Episod 1

Alhamdulillah..malam ni aku dapat juga cari sambungan episod drama Ketika Cinta Bertasbih yg merupakan drama KESUKAAN aku dan drama terbaik dari Indonesia.Aku rasa drama ini patut dijadikan contoh bagi seluruh umat Islam di Malaysia juga.Aku tak tau la apa perbezaan drama dari Indonesia ini dengan drama di channel Al-Hijrah sebab aku tk tgk channel tu.tapi apa yg aku tau,aku dpt banyak pengetahuan Agama,sivil dan juga harian untuk aku amalkan.

Drama Ketika Cinta Bertasbih ni adalah kesinambungan dari filemnya iaitu Filem Ketika Cinta Bertasbih di mana filem ni adalh adaptasi dari sebuah novel karya Habiburrahman Al-Syirazi iaitu seorang penulis novel yang merupakan salah seorang ilmuan Islam di Indonesia.Filem ini bukanlah filem yang dilakonkan oleh pelakon yg profesional,tetapi kebanyakan watak utama dan sampingan hanya dilakonkan oleh rakyat biasa.Ini bermaksud..sebelum shooting filem ini,mereka telah mencari bakat2 baru untuk 5 watak utama dalam filem ini iaitu watak : Abdullah Khairol Azzam,Anna Althafunnisa,Ayatul Husna,Furqan dan Elyana.

Begitu ramai rakyat biasa yg hadir untuk ujibakat tersebut dan setelah beberapa lama ujibakat dan saringan dilakukan,akhirnya 5 watak utama tersebut dipilih dari golongan 4 orang rakyat biasa dan seorang artis yang memegang watak Elyana.(Aku pun tk kenal sapa nama watak elyana tu)

Filem ini direkodkan ke dalam DVD selama 6 jam (sebab aku tgk DVD je).

Filem ini berkonsepkan Islamik di mana hampir semua babak yg dilakonkan tidak melibatkan SENTUHAN antara lelaki dan wanita.Hanya watak Azzam dan ibunya yang melibatkan penyentuhan.

Filem ini mengisahkan kehidupan pelajar di Universiti Cairo,Mesir yang menjalani hidup seharian dengan belajar dan bekerja sampingan demi menyara hidup dan pengajian mereka di sana, tentang bagaimana mereka mencari jodoh dan bertemu jodoh dan gejolak perasaan yg berlaku antara mereka dan bagaimana mereka menangani gejolak tersebut dengan berlandaskan syariat Islam.Filem ini juga mengandungi banyak permainan emosi yg mendung iaitu sedih dan muram tetapi tetap mempunyai unsur kelakar dan tenang.

Filem yang lebih 50% ditayangkan di Mesir telah mendapat sambutan yg sangat tinggi daripada penduduk Indonesia sepanjang proses ujibakat hinggalah ditayangkan.Akhirnya apabila mendapat begitu banyak sambutan,mereka menyambung filem tersebut kepada drama bersiri 56 episod yang ditayangkan sebelum bulan Ramadhan hingga bulan Ramadhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s