UTM HOT STORY!!

“Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk. Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester. ”

Ha…hot tak cerita ni…naik bulu roma aku masa mula2 baca cerita ni dlm paper metro hari ni.Aku pun tk sure si mati ni melayu ke tak..So,apepun aku kesian gak la,tapi tu satu pengajaran bagi remaja2 lain untuk tidak melakukan perkara yang sama sebelum berkahwin.So,ada link gak la ngan entri “kahwin dulu” aku yang lepas.Hehe..

Aku rasa mesti pasangan si mati ni dah tak leh duduk diam lagi bila dapat tau.Aku pun tak tau dia kolej mana,tapi kawan2 aku yang dh tau dh rasa takut. Tak pe la,kita doa jangan ada benda tak elok berlaku pada pelajar lain,kan..

Pagi2 ni tak de ke cerita yang elok nak didengar??Buat aku kerut muka je la pagi2 nih.Pagi2 la pendrive aku pulak dah masuk virus n tk leh bukak dah.Dia suruh format lagi ade la…Eeee…geramnya aku!!!sabar3…Tapi ape pun,aku kawal gak kesedihan aku sebab pendrive aku rosak dan teruskan buat kerja lain dlu.Nanti aku repair balik pendrive aku ni…

One thought on “UTM HOT STORY!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s