nak lagi…

Semalam,aku dapat pengalaman baru..Huhu..aku menjalani latihan praktikal memandu selama 3 jam di institut memandu yang aku daftar. Kelas tu pukul 8 pagi dan aku dapat pengajar yang berwajah garang. Seram sejuk gak la bila aku dapat tau dapat pengajar tu. Tapi bila dah biasa, aku rasa ‘cikgu’ ni ok gak la, belum nampak lagi dia garang dan dia agak kelakar namun wajahnya selamba jek…Mula2 dia terangkan tentang pemanduan kereta dan aku pun dah mula pening2 lalat sebab tak nampak lagi macamana,tapi kena dengar gak la.
Lepas tu aku mula naik bukit, site parking dan tiga penjuru. Aku suka kat site parking dan tiga penjuru, tapi kat bukit tu aku banyak kali mati enjin dan terlebih dan terkurang dari masuk garisan. Kesian cikgu tu kena tahan sabar je ngan aku,yelah keta dia asyik mati enjin. HUhuhu…minta maaf ye…Nasib baik la aku pandai layan cikgu tu,boleh la ngam jugak.Tapi dah last2 nak parking tu, boleh pulak aku terlanggar tiang belakang.Adoiiiii…….terpaksa la cikgu tu g angkat balik,dan yang tak sangka2 ialah aku tertekan hon. Hahahah…aku sendiri terkejut. Bila cikgu tu masuk keta,aku minta maaf sebab ter hon die.Dia kate ‘ingatkan awak hon saya suruh cepat’.Aku jawab la tak sengaja.HUhu..

Tu la kisah aku di litar memandu.Huhu..macam-macam gaya.Tapi tu pun aku tak puas lagi,rasa nak bawak lagi je..Cikgu tu tanya ‘nak lagi ke’,aku jawab’kalo boleh nak bawak lagi’.hehe..Lepas ni Lesen L aku akan diproses untuk dikeluarkan dalam masa seminggu dan aku boleh booking untuk drive kat jalan biasa pulak. Aku pulak akan masuk semester baru sem depan, macamane nk adjust masa pulak ni.Adoiiiii!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s