Bi + sastera

Aku nak cuba komen sikit pasal isu hangat beberapa hari ni iaitu tentang isu subjek Bahasa Inggeris dalam SPm samada wajib lulus atau tidak dan isu masihkah aliran sastera diperlukan dalam pembangunan Malaysia yang maju sekarang ni.
Pada pendapat aku, ada pro and cont bagi mewajibkan Bi lulus dlm SPM.yang bagus nya adalah ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar sekolah menengah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ni pun untuk kebaikan diorang pada masa depan supaya dapat berkomunikasi dengan rakyat tempatan dan antarabangsa dalam bahasa inggeris.Kedua nya mereka yakin untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang sengit pada masa hadapan di mana peluang kerja itu memerlukan mereka untuk lulus dan mahir dalam Bahasa Inggeris. Kalau tidak diwajibkan lulus dalam SPM tidak seperti Bahasa Melayu yang diwajibakan lulus,Sudah tentu amalan mengayakan Bahasa Inggeris akan pudar dan cetek di kalangan pelajar kita. Memang agak sukar untuk kita praktik dan lulus dalam BI terutamanya jika berada di luar bandar yang jarang mengamalkan gaya bahasa antarabangsa ini,ye lah,mesti mereka kata kenapa nak agungkan bahasa luar dan bahasa asing tetapi jika dilihat dari sudut positif,ini membantu anak-anak mereka pada masa hadapan.Diorang nak ke anak-anak diorang salahkan mereka satu hari nanti kerana tidak mengajar mereka BI.Sekurang-kurangnya kita perlu memberi pendedahan dan berusaha untuk belajar walapun sedikit.Sedangkan orang asing boleh berbahasa melayu dengan fasih dan orang bukan Islam boleh membaca jawi dan mengaji al-Quran dengan lancar,ini kan pula kita.Kita harus berfikir dengan lebih jauh ke hadapan demi kedaulatan dan maruah Malaysia.Ini kerana kedudukan Malaysia adalah dalam tangan anak-anak muda kita sekarang.

Yang kedua tentang isu sastera.Aku tak de la tau sangat bab-bab sastera i,tapi ada pro and cont nya jugak. ye lah,kalau tak de sastera,nanti luput la kesusasteraan melayu kita ni.nanti anak-anak dan genarasi hadapan tahu ke sastera tu ape,mereka hormat ke kesusasteraan melayu kita nanti?Mungkin Melayu tak hilang di dunia tapi tak mustahil kesusasteraan melayu tak hilang di dunia.Takkan kita nak pergi ke Indonesia untuk belajar sastera sendiri kot?Hehe..Nanti tak faham pulak bahasa diorang,kan..Pada aku aliran sastera ni penting jugak,pada aku tak perlulah dihapuskan.Sebab Malaysia katanye nak menghasilkan graduan-graduan dan rakyat yang berbilang pengetahuan,jadi kita perlu kekalkan aliran ini. mungkin sedikit sahaja peluang yang dibuka untuk aliran ini,tetapi kita perlu beri peluang kepada anak-anak kita yang berminta dengan sastera melayu.Tak semestinya kita di ambang kemajuan dan pembangunan pesat,mereka tak berminat dengan sastera, jadi apa guna adanya novel kerana novel juga menyelitkan sastera jugak.kita nak wajibkan Bahasa Inggeris lulus SPM tapi kita korbankan bahsa dan sastera kita sendiri.Kenapa dan perlu ke??
Mungkin pendapat aku ni tak betul atau kurang tepat, tapi ini apa yang aku terfikir buat masa ni.Aku terima semua pendapat yang yang bernas dan berharap ada komen balas daripada sesiapa untuk entri ini.

Hehe…malam ni aku dah tulis apa yang aku nak tulis beberapa hari ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s