Chantek….

Altimet feat Adeep Fabulous Cats –

Chantek

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar…
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…
Oohhh chantekk..
Sungguh aku cinta kamu

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar…
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa…
Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu…

 

Aku suka sangat lagu ni.Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang tertawan dengan seorang wanita disebabkan kecantikan dan kewanitaan yang dimiliki oleh wanita tersebut.Wanita dalam lagu dikisahkan sebagai wanita yang memiliki rupa paras yang cantik,anggun dan menawan di samping peribadi muslimah dan lemah lembut.Aku kagum bila pencipta lagu ni pandai menterjemahkan apa yang dia fikir dalam bentuk sebuah lagu. Lelaki tersebut berangan untuk memiliki wanita tersebut melalui sebuah perkahwinan yang halal di sisi Islam, dan membina rumah tangga yang bahagia sehingga hari tua mereka juga dibayangkan pada masa sekarang.Aku dapat bayangkan lelaki ni sangat mencintai wanita tersebut.Kalau didengar memang aku ni putiis sangat tapi aku kagum dengan kekreatifan penulis lagu ni…Kalau la ada lelaki yang menghantar lagu ni pada aku,tentu aku terpegun.Hehe…

Bila aku hayati lagu ni,banyak lagi yang aku kena improve diri aku.Yang rambut hitam warne cokelat anak mata tu aku tak boleh la nak improve..Mata dah coklat tapi aku pakai tudung,Hehe….Tapi lagu ni memang cantik dan aku membayangkan wanita tersebut sangat cantik…ibarat Rabiatul Adawiyah….Bidadari syurga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s