Aku dan Praktikal

Actually,aku sudah mennghabiskan 5 bulan Latihan Industri (praktikal) di Jabatan Penilaian dan Perkihdmatan Harta(JPPH) Johor Bahru yang terletak di Jalan Dato Mufti,Johor Bahru,Johor.Haha..aku rindu nak tulis alamat tu lagi…

Selama menjalani lantihan praktikal tersebut,banyak yang aku pelajari. dari segi pembelajaran dan ilmu baru, aku juga belajar mengenali kawan-kawan baru yang dari golongan sebaya aku yang masih praktikal dan yang sudah bekerja di situ. Ada jugak staf-staf yang aku dah rapat dan boleh la kalo nk gaduh-gaduh tu.Hehe…Ada yang lelaki dan perempuan.Aku juga dapat mengetahui dan mengenali perwatakan dan perangai orang-orang yang bekerja di jabatan kerajaan.Hehe…Bukan la nak kata buruk,kan.Yelah tapi sebagai manusia mana ada yang sempurne,ye tak…Hehe..Tapi mereka tu baik-baik la,cuma sesetengah waktu ada angin masing-masing.

Kerja aku macam biasa, menilai dan membantu staf-staf di situ dalam kerja-kerja mereka.Yang paling best ialah dapat berjumpa Pengarah Penilaian Negeri Johor, Haji Noordin yang wajahnya memang garang,tapi dia baik je sebenarnya.Siap boleh gelak-gelak lagi dan berkongsi tips untuk tahun 4 nanti.Hehe..

Dalam banyak-banyak waktu praktikal,yang aku paling tak suka ialah kesesakan jalanraya yang paling teruk ketika hari hujan dan kemalangan.Waktu tu kalo masak air pun dah nak kering agaknya.Hehe…Dan aku pn dah berapa kali terlelap dan bangun semula,lelap semula dan seterusnya.Huhu..Johor bahru,begitu la keadaan ketika waktu puncak jam 6.30 pagi dan 5 petang ke atas.

Masa lastly kami di situ,kami dihidangkan dengan sedikit jamuan perpisahan yang dibuat oleh staf unit.Terharu sangat rasanya dan hampir nak menangis la sebab kami tak kecoh-kecoh pun nak habis parktikal,tapi tak sangka mereka sempat mengadakan jamuan tersebut.Terma kasih ye cik Salamah sebab masakkan untuk kami,sedap sangat!!!!Aku tak sempat nak belajar masak dengan beliau.

Satu lagi perkara best selama praktikal ni,aku selalu window shopping di Kotaraya dan City Square(CS).Ala,makan Mc D(mac value lunch) dan jalan-jalan je.Tapi aku akan merindui kuih bahulu Kotaraya yang memang sedap dan fresh dari oven..Lepas kekenyangan,balik ofis naik teksi, sebab malas dah nak jalan kaki.Hehe…

Itulah sedikit sebanyak kisah dan kenangan aku sepanjang praktikal ini.Kerja-kerja jugak,hidup mesti enjoy!!!Hehehe….

One thought on “Aku dan Praktikal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s