aku dah balik!!!!!

Hye guys!!!Aku dah balik dari trip yangmenyeronokkan…sepanjang minggu ni aku menyertai trip akademik yang dianjurkan oleh kelas kami ke beberapa tempat di negeri Selangor dan Cameron Highlands.Aku rasa sungguh seronok..

Kami bertolak ke Selangor pada hari Selasa lepas dengan 3 bas UTM.Seramai 101 orang yang ada.Kami sampai di Jabatan Perhutanan jam 3 lebih petang.Masa tu, kami dah sesat sebenarnya..Jalan nye pulak macam ular kena patuk,berlengkor-lengkor..Pening tu ada jugak tapi tak sangat la…Di situ kami di bawa ke tapak hutan di mana kami kena naik tangga yang curam untuk ke tapak yang tinggi.Habis kasut aku terbuka depannya,dah macam buaya lapar tau!Geram betul!!Terpaksa la aku beli kasut malam ni sebab esok nak ke Putrajaya pulak,so kena formal gak.

Ok,kat hutan tu,kami diberi penerangan tentangang pokok-pokok dan hutan di situ.Lepas tu,kami diberi ceramah tentang sejarah Jabatan Perhutanan dan apa-apa yang berkaitan dengan hutan.Penat jugak la.Pukul 7 lebih kami bertolak untuk check in di Kolej Kedua,UTM.Masa tu,aku dah mabuk-mabuk dam muntah-muntah dah.Tak boleh nak handle dah.Mana taknya,jalannya macam ular main kejar2..eeeee….geli pulak aku!!!So,malam tu lepas dah tak larat sangat,aku dibawa ke klinik.

Banyak gak la ubatnya…

Esoknya,kami ke Putrajaya untuk ke lawatan sektor perikanan. kami diberi taklimat dan di bawa ke tapak penternakan ikan air tawar. Di tapak tu,kami dapat lihat banyak kolam ikan yang mengandungi pelbagai spesis ikan air tawar. Besar-besar ikan-ikannya.Seronok sangat.Walaupun cuaca agak panas dan mendung tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus melawat tempat-tempat di situ,Yelah,lepas ni dah tak berpeluang lagi…Banyak juga gambar aku yang diambil di situ.

Keesokan harinya pula,kami bertolak ke Cameron Highlands selepas bersarapan di UTM.Sebelum naik Cameron tu,aku makan dulu ubat yang diberi oleh doktor supaya aku tidak pening dan muntah.Hehe…Sebenarnya aku tak boleh ikut jalan yang bengkang-bengkok ni.Akhirnya kami selamat sampai di Cemeron walaupun sepanjang jalan dari Tapah adalah jalan yang selekoh maut!! Kami dibawa terus ke Kia Farm di Brinchang iaitu tempat di mana terdapat banyak jualan barang-barnag souvenir seperti strawberi kering,strawberi basah, makanan dan bantal-bantal yang berbentuk strawberi kesemuanya.Haha…Seronoknya di atas ni!!Ni lah kali pertama aku berda di Cameron.Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini.Alu juga ada membeli souvenir untuk family dan kawan-kawan.Tapi sayangnya harga barang-barangnya di sini sungguh mahal (pada pendapat aku lah).Yelah,itukan tempat pelancongan yang terkenal.

Malam tu,kami menginap di Apartment yang telah disewa.Esoknya adalah hari terakhir lawatan kami.Kami dibawa ke MARDI iaitu sektor pertanian di mana di situ terdapat tapak semaian pelbagai jenis tanaman seperti strawberi,bunag-bunga rose yang merah dan cantik-cantik,bunga kekewa,dan pelbagai lagi jenis tanaman.Cantik sangat kawasan di tapak MARDI tersebut.Ada air terjun,taman bunga dan macam-macam lagi.Aku seronok sangat.Banyak gambar yang kami ambil di situ.Pada petang itu pula,kami mendengar taklimat di sebuah hotel di situ bagi sektor pelancongan pula.Sebenarnya lawatan ini memerlukan kami untuk membuat laporan bagi keempat-empat sektor yang kami lawati.Jadi,walaupun seronok,kami juga perlu mendengar dan mengambil nota semua yang kami perolehi sepanjang lawatan tersebut.Sambil menyelam,minum la air,sampai kembung perut.Huhu…

Petang itu kami bertolak balik ke UTM Skudai dan sampai pada jam 2 pagi.Penat tu ada jugak,tapi kami tak terus tidur sebab berbual-bual dulu sebelum tidur.

Kesimpulannya,lawatan kali ini sangat menyeronokkan walaupun ada segelintir daripada kenangan aku adalah pahit.Tapi itu semua tidak perlu la aku ceritakan..Yang penting..adalah KESERONOKAN..=)

One thought on “aku dah balik!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s