hujung minggu…

…Hujung minggu ni aku ada perkara yang perlu dilakukan..Yang penting ia adalah penting dan tidak akan aku lupakan.

Sabtu ni persatuan bagi kos yang aku belajar di UTM ni akan menganjurkan Hari Keluarga.Ini adalah acara tahunan yang perlu dilakukan bagi pelajar tahun dua untuk merapatkan silaturrahim dan bersukaneka dengan semua lapisan pelajar kos kami.Tapi setakat ini,hanya separuh dari pelajar sahaja yang dijangka datang.Lebih-lebih lagi pelajar tahun satu dan dua.Geram pun ade rasanya…Tak mengapa lah,mungkin mereka ada kerja masing-masing.

Hari keluarga itu akan dimulakan pada waktu pagi, di mana ada ekplorace,sukaneka,dan pelbagai lagi.Yang pastinya aku tidak sabar untuk menyertainya.Pasti happening dan dapat merapatkan hubungan antara pelajar tahun dua dengan diploma dan tahun satu.

Waktu malam pula,jamuan secara BBQ akan diadakan.Makanan yang akan disediakan ialah ayam,sosej,ikan dan mee hoon goreng.Ahli jawatankuasa makanan sendiri yang akan memasak.Wah..pasti sedap..Huhu..Walaupun aku setiausaha,tapi aku akan membantu mereka memasak juga (walaupun aku tak hebat dalam memasak).Hehe..aku boleh belajar masa tu,kan..Bila lagi..Dan yang pasti,ada ‘orang’ yang janji nak masak special untuk aku malam itu.Haha..akan aku tuntut.Huhu..siapa orang itu?tau-tau sendiri la ye..Hehe…

2 thoughts on “hujung minggu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s