HAPPY NEW YEAR AND GOOD BYE…

SELAMAT TAHUN BARU 2008!!!Mungkin aku agak terlewat untuk mengucapkan selamat kepada dunia,tapi aku bersyukur yang aku masih hidup di dunia ini sehingga ke hari ini..

Sudah lama aku tidak menyemak blog ini,bukannya sibuk tapi masa yang tidak mengizinkan..Hm..tak sama ke tu bunyinyer??Hehe..Hari ini sudah hari ke enam aku memasuki semester baru untuk sesi 2007/2008 di UTM ni.Bermula sudah kisah baru dan kehidupan baru untuk tahun ini.Pelbagai tanggungjawab yang perlu aku pikul dan pelbagai tugasan yang lebih mencabar akan aku terima.Aku berdoa agar semua itu dapat aku lalui dengan sabar dan tekun.Amin…

Pelbagai kenangan yang telah dicoretkan sepanjang semester lepas.Rasanya tidak perlu aku tintakan di entri ini,kerana sampai esok tidak akan habis.Hehe..Tapi antara top ten yang paling indah ialah di akhir-akhir semester lepas.Alhamdulillah aku beroleh keputusan peperiksaan yang agak memuaskan.Sekurang-kurangnya tidak menghampakan keluargaku.Selain itu,aku juga beroleh kenangan indah bersama si ‘dia’ yang banyak mengajar aku dalam pelbagai aspek.Hehe.Perlu ke aku beritahu nama nya di sini?Rasanya biarlah ia berada dalam hati saja.Hehe..Selain itu,aku berjaya mencatat rekod kerana paling lama berada di perpustakaan sepanjang hidup aku.Haha..Dari pagi hingga malam.Bersama-sama kawan-kawan ku dan ‘dia’. Selain itu,aku juga sudah punya seorang anak sedara lelaki yang comel dan putih. Muhammad Alif Hakimi namanya..Aku sayang bangat sama dia!!Buah hati acu,kan…Hehe…

Apepun,itu semua adalah memori sepanjang tahun 2007. Jadi,bagi tahun 2008 ini,perlu la juga ada kenangan dan momen yang indah untuk dicoretkan. Aku berharap tahun baru ni dapat memberi kebahagiaan dan kejayaan yang lebih baik bagi aku yang akan berusia 21 tahun. 21 tahun dah ke? Rasa macam dah besar sangat,tak padan dengan perangai dan saiz aku ni.Haha..

One thought on “HAPPY NEW YEAR AND GOOD BYE…

  1. zuriaf says:

    selamat tahun baru untuk AQMA…semoga tahun baru ni akan jadi lebih baik dan menggembirakan daripada tahun² lepas..err..apa kata tulis je nama si “dia” tu…hehe..😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s