selamat hari raya aidil adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia.Dan selamat menunaikan ibadah haji bagi semua para jemaah haji di Makkah al-Mukarramah..Semoga kalian beroleh jahi mabrur..Amin..

Raya tahun ni tidak lah sebegitu meriah pada aku,mungkin disebabkan ketiadaan kakak di rumah.Tak apa,bukannye jauh sangat pun dia,kan..

Malam raya,aku dan emak bersama-sama menyiapkan persiapan makanan untuk dijamu pada hari raya ini.Tapi kali ni rendang tak dibuat,hanya kuah kacang,nasi impit dan sayur lodeh serta kari daging sahaja.Banyak jugak ,kan.Huhu..Ops..lupa,ada lemang sekali.Sesungguhnya kuah kacang adalah kesukaanku..Jadi tidak boleh terkecuali.Hehe..Dah macam raya aidil fitri pulak rasenya..

Pada pagi hari raya,aku bersama parent aku menunaikan solat hari raya di masjid UTM.Tidak la begitu ramai seperti tahun-tahun sebelumnya ,mungkin kerana pelajar-pelajar universiti sedang bercuti sekarang.Jika tidak,sudah tentu saf-saf di masjid itu dipenuhi oleh mereka.

Teringat aku ketika hari raya korban di matrikulasi dua tahun lepas.Waktu itu aku tidak pulang ke rumah,disebabkan cuti yang tidak lama dan baru saja dua minggu sebelum itu aku telah pulang ke rumah.Itupun aku balik disebabkan banjir teruk di Kedah yang menyebabkan kawasan pekan tersebut hampir ditenggelami air.Bekalan air dan elektrik terputus di kawasan tersebut.Lebih malang lagi line handphone seperti maxis,digi dan lain-lain selain celcom telah terputus.Jadi kami bukan saja terpaksa bergelap,ketiadaan air malah hampir-hampir terputus hubungan dengan orang luar dari kawasan tersebut.Mujurlah masih terdapat public phone di kolej itu,jadi beraturlah kami sepanjang mungkin untuk menggunakan telefon berkenaan.Dari situ,kami berpakat untuk pulang ke rumah masing-masing dan akhirnya diizinkan pengetua.Sepatutnya cuti sehari saja tapi dah ramai yang minta untuk cuti lama,jadi cuti dipanjangkan seminggu sehingga lepas Krismas.Teksi ke Stesen Bas Shahab Perdana begitu sibuk mengambil pelajar-pelajar untuk dihantar ke Stesen tersebut.Jadi,ini lah waktu nya tambang teksi naik mendadak,ada yang sampai RM 40.Biasanya RM 22 saja.biasanya kami akan ke pekan dahulu untuk mengambil bas ke stesen bas di Alor Setar tetapi perhubungan ke pekan juga tidak dapat dilalui kerana teruk dengan air banjir yang tinggi.

Naik saja cuti seminggu itu,kami diberi ujian bagi setiap subjek hanya dalam masa SATU HARI saja.Bagai nak pecah kepala kami belajar.Tidak pernah ujian dilakukan dalam masa sehari,termasuk semua subjek pulak tu.Wa…Oleh sebab itu lah kami tidak dapat pulang ke rumah ketika raya korban disebabkan duit sudah digunakan ketika banjir untuk pulang dan cuti yang tidak lama.Jadi kami beramai-ramai menunaikan solat raya di surau kolej.Menangis juga kami apabila takbir diperdengarkan pada pagi itu oleh pelajar lelaki.Maklumlah,hampir keseluruhan daripada kami berada jauh dari kampung halaman,dan tercampak di tempat yang agak terpencil ini.Tapi kami tabahkan hati dan bersatu hati.Di sini lah kami kuatkan ukhuwah sesama kami.

One thought on “selamat hari raya aidil adha

  1. zuriaf says:

    ala..sedihnya tak dapat beraya haji bersama family..ermm.orang pompuan memang mudah terasa sedih kalau tak dapat beraya bersama family walaupun raya haji..🙂

    saya penah gak beraya haji sorang² kat rumah sebab terpaksa bekerja hari tu..

    ermm..rasa cam nak buat entri pasal ni gak la..😀 tengokla dulu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s