ibu hilang anak..

buah hati acu...Saja je aku letakkan tajuk macam ni pada entri aku hari ni..Ini kerana ia sangat berkai rapat dengan perasaan aku tatkala ini.Baru aku tahu bagaimana perasaan bila seorang ibu kehilangan anaknya.Hari ni aku dah tak boleh main-main lagi dengan buah hati,pengarang jantung aku ,si kecil yang aku kacau tidurnya hari-hari.Dia dah pulang ke rumahnya mengikut mama dan papanya.Yelah,ape la yang die tahu..lepas je kakak aku keluar dari hospital semalam,dia terus balik ke rumahnya.So,aku lah yang mengemas kan barang-barang si kecil yang masih ada di rumah aku ni untuk di bawa ke rumah kakak ku.Tatkala aku mengemas tu,aku rasa aku masih kuat untuk tidak menangis.Malangnya tidak,aku rupanya begitu lemah ketika melihat baju biru milik si kecil itu.Aku terus menangis.Sedih seh!!Bukan mudah untuk aku lupakan kenangan manis bersama si kecil itu walaupun hanya seminggu.Peluk cium aku untuk dia adalah dialasi kasih sayang yang melimpah ruah.Yelah,anak buah pertama.Tangisan dia,rengekan dan liat lentok dia yang manja tu paling aku rindui.Mak aku lah insan yang paling merindui dia aku rasa kereana dengan mak la si kecil tu paling rapat.Mak aku akan sentiasa memujuk si kecil apabila dia mula menangis.Mohammad Alif Hakimi nama diberi,nama tu lah yang menghiasa friendster aku sekarang.Biarlah aku coretkan nama ku dan namanya untuk perhatian ramai.

Aku adukan kesedihan aku kepada ‘dia’.Tapi dia masih boleh berlawak dengan ku.Sakit jugak rasanya hati bile dia seakan tidak memahami.Rasa nak picit-picit je dia!!Tapi aku tahu dia hanya ingin menghiburkan hati aku dan sentiasa ingin melihat aku gembira.Terima kasih ye wak..Kasihan dia,asyik melayan kerenah aku yang tidak tentu hala ni,tapi tu tanggungjawab dia juga.Huhu..

4 thoughts on “ibu hilang anak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s