PeTua..

Cubalah petua-petua  tradisional ini..Selamat berjaya!!!

Pulihkan sakit tekak

Dapatkan beberapa asam keping dan bakarlah sehinggan hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapu bahagian tekak yang sakit itu. InsyaAllah tekak akan sembuh seperti sedia kala..Cubalah!!

Menghilangkan jerawat batu

Ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air.Sapukan pada muka yang berjerawat sebelum masuk tidur.Lakukan tiga kali seminggu..

Lengkuas hilangkan panau

Ambil lengkuas sebesar ibu jari, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit yang berpanau. InsyaAllah panau akan hilang sedikit demi sedikit.

Menegangkan kulit muka

Hanya gunakan buah kurma, ‘cranberry’, jus ‘appricot’ dan oatmeal. Ambil kesemua bahan ini dan kisar sehingga halus. elepas itu basahkan tubuh dengan air suam lalu lumur dan gosok bahan-bahan tadi ke seluruh badan. Lakukan dengan lembut dan perlahan-lahan. Selepas itu mandi seperti biasa dengan menggunakan air sejuk. Jangan lupa sapukan losyen badan selepas mandi agar kulit menjadi lebih halus dan bersih.

Atasi rambut gugur

Ambil segenggam kacang hijau dan rebus sehingga air rebusan berwarna hijau. Pastikan jangan sampai kering. Biarkan air tersebut sejuk dahulu dan kemudian sebelum tidur sapukan air tersebut pada akar rambut.Biarkan semalaman dan syampu apabila mandi esok pagi. Amalkan setiap hari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s