kenapa perlu bersenam?

Untuk mendapat berat badan yang ideal tidak cukup dengan hanya menjaga pemakanan sahaja,tetapi anda juga perlu mengeluarkan peluh dengan bersenam. Faedah senaman lain ialah

  • dapat meningkatkan kelembutan otot dan membina kekuatan otot
  • jantung bekerja lebih cepat ketika bersenam dan berehat.
  • meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasa arteri dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan punca utama darah tinggi dan boleh membawa kepada penyakit strok
  • meningkatkan keupayaan badan untuk mengawal paras glukosa

Selain senaman juga,ada aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan dan paras kesihatan yang sihat.

Berbasikal

Peruntukkan sedikit wang untuk membeli basikal. Anda bolah luangkan masa pada hujung minggu atau selepas kerja untuk berbasikal kerana ia boleh mengeluarkan peluh serta dapat mengurangkan tekanan kerja atau belajar.

Melakukan kerja rumah

Jika malas untuk keluar bersenam, anda juga boleh melakukan tugasan rumah. Ringankan tulang untuk membantu ibu bapa untuk mengemas,memasak menyapu sampah atau berkebun di rumah.Jangan hanya duduk di hadapan televisyen atau komputer sahaja..

Amalkan senaman naik turun tangga

Walaupun tempat kerja atau belajar dilengkapi lif atau eskalator,anda boleh beralih kepada amalan menggunakan tangga juga.Menaiki tangga baik untuk kemantapan bentuk paha dan betis serta dapat membantu mengawal pernfasan dan sistem tubuh akan berjalan lancar.

Menggunakan Kenderaan Awam

Jika jarak tempat tinggal dekat dengan tempat belajar atau kerja,gunalah kenderaan awam untuk berulang alik.Anda tidak akan rugi.Kereta membuatkan anda kurang bergerak. Tetapi jika anda menaiki kenderaan awam,anda akan dapat membakar tenaga lebih banyakkerana dalam proses perjalanan,anda akan berdiri,berjalan dan menaiki dan turun tangga.

 JOGGING

Panduan berguna supaya anda rasa selesa ketika berjogging..

Pakaian

Pastikan pakaian yang dipakai adalah sesuai. Antara fabrik yang sesuai ialah yang menyerap peluh dan mudah kering. Hindari pakaian yang memerangkap haba seperti jaket denim.

Kasut

Gunakan kasut yang khusus untuk berlari. Kasut untuk berlari biasanya memiliki tapak yang tebal pada bahagian tumit dan nipis di bahagian hadapan. Pastikan anda memilih saiz yang berseusaian dengan saiz kaki anda. Jangan lupa mengenakan stoking yang mudah menyerap peluh.

Postur badan

Postur badan yang baik untuk berlari ialah bahu, punggung dan kepala dalam posisi yang tegak. Siku pula dibengkokkan 90 darjah dan biarkan ia bebas berayun. Seiring dengan meningkatkan stamina, panjangkan langkah kaki dan gerakkan tangan anda lebih kuat. Larilah dengan menjejakkan kaki tapak kaki dari tumit ke jari. Jika anda berjoging pada jalan yang sedikit mendaki, condongkan badan ke depan dan gunakan daya gerak tubuh bahagian atas untuk membantu anda melangkahkan kaki.

Pemanasan

Jangan lupa melakukan pemanasan yang cukup sebelum bermula kerana ia dapat menjauhkan diri daripada tercedera. Setelah selesai latihan, lakukan pendinginan selama 10 hingga 15 minit ketika tubuh masih ‘panas’. Jangan lupa peregangan utnuk badan seluruh badan, tumpukan pada bahagian bawah terutama paha. 

One thought on “kenapa perlu bersenam?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s