dah la tak hensem..

Sekembalinya dari luar negara, seorang pemuda macho menaiki ERL dari KLIA ke KL Sentral. Di Sebelahnya duduk seorang lelaki tua yang  mempamerkan air muka yang cukup serius. Kedua-duanya diam walaupun hampir sepuluh minit berlalu. Untuk menghilangkan rasa bosan, pemuda tadi cuba mengajak lelaki tua disebelahnya itu unutk berbual.

           “Pukul berapa sekarang, uncle?”

Sebuah pertanya biasa yang selalu kita tujukan kepada sesiapa pun, dan selalunya ia dijawab dengan senang hati. Tapi kali ini sungguh di luar dugaan,lelaki tua itu sedikit pun tidak memberikan respons kepada pertanyaan pemuda itu.

          “Agaknya orang tua ini pekak,kot..” kata pemuda itu di dalam hati. Lalu diulanginya lagi solan itu kepada lelaki tua itu sebanyak tiga kali. Lelaki tua itu tetap mendiamkan diri, menjeling pun tidak.

Pemuda tersebut mencuit bahu lelaki tua itu dan kemudian bertanya, “Uncle..uncle tak dengar ke pertanyaan saya tadi?”

            “Serba salah saya nak jawab,” balas lelaki tua itu, langsung tidak memandang wajah pemuda itu. “Nanti kalau saya jawab, kita akan berbual lebih panjang. Awak akan sola itu ,soal ini..dan akhirnya kita akan jadi mesra,”

           “Apa salahnya kita tambah mesra.Kan bagus begitu?” balas pemuda itu sedikit bingung.

          “Tak salah awak kata?Apabila kita sudah mesra,ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di KL Sentral nanti,tentu saya akan perkenalkan awak kepada mereka.”

         Pemuda tadi bertambah bingung.”Jadi…?”dia cuba menyambung kata-katanya.

         “Isteri saya orangnya baik,peramah dan cepat mesra,Dia tentu akan menjemput awak datang ke rumah.Awak akan mandi di rumah saya,berehat dan menikmati hidangan yang dihidangkannya.Setelah itu awak tentu akan lebih rapat dengan anak perempuan saya dan kemudian jadi lah boyfriendnya. Lepas itu mungkin awak akan jadi menantu saya.Pening la saya nanti!” kata lelaki tua itu sambil menepuk dahi.

         Si pemuda itu bertambah-tambahlah bingung, dan bertanya, “Apa kaitannya semua ini dengan pertanyaan pertama saya tadi?”

        Lelaki tua itu terus berdiri. Sambil bercekak pinggang dan biji matanya dijegilkan, lelaki tua itu menjerit, “Saya tak mau mempunyai menantu yang macam awak,jam tangan pun tak mampu nak beli!”

        

One thought on “dah la tak hensem..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s