Alahai…

Hari ini aku sudah perlu berpisah dengan bilik tamu yang aku menginap di KL ni.Sedih??ade la jugak..Aku bersiap-siap dan keluar dalam jam 10 pagi untuk pulangkan kunci di kaunter depan tu.Orang-orang di kaunter tu pulak mesranya (maklumlah lelaki).Ada yang tanya ‘Staf ke?’ dan aku jawabla ‘Takla, student UTM Skudai’ dan tak kurang jugak yang macam nak main-mainkan aku.Geram jugak rasanya.Mungkin sebab aku cantik sangat ke hari ni?Heheheh…Perasan tetap ada..Jadi aku tinggalkan je beg aku di kaunter tu sementara aku ke pusat komputer ni. Lagipun mak aku habis kerjanya jam 5 petang,jadi terpaksalah berlama menghadap komputer ni.

Hari ni ramai jugak pelajar universiti ni yang masuk pusat komputer ni,bukan nak buat kerja tapi cek keputusan peperiksaan mereka. Wah..gembira-gembira aku dengar mereka bercakap,ramai yang dapat A dan tak kurang jugak yg dapat Dekan.Alamak…hati aku dah bertambah risau dengan keputusan yang akan aku dapat sem ini. Apelah result nya…Kalau sem lepas,aku boleh pertahankan result,aku harap sem ni pun macam tu jugak.Sem ni aku banyak main-chating time exam,online tengok frenster dan macam-macam lagi.Dulu masa sem satu dan dua,internet susah nak dapat di bilik,sebab tu aku boleh focus on study.Dengan adanya laptop baru dan kabel internet yang senang dapat di bilik kolej aku tu,aku mula alpa dan lalai terhadap pelajaran.Entahla…tapi aku berazam yang aku tidak mahu lagi mengulangi kesilapan ini pada sem-sem akan datang.InsyaALLAH..Tapi,sem depan tanggungjawab aku juga bertambah dengan pelantikan aku sebagai antara majlis tertinggi persatuan aku.Pelbagai aktiviti yang perlu dianjurkan,aku harap ia tidak akan membataskan waktu aku untuk belajar. Aku perlu melakukan pembaharuan terhadap diri.Aku perlu belajar dari awal,mengulangkaji dan membuat nota serta menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Lagipun subjek dah bertambah sukar nampaknya. Sebenarnya dari sem lepas lagi aku berazam macam ni,tapi tak dapat diikut sebab pengaruh INTERNET yang terlalu kuat. Adakah aku perlukan motivasi dan bimbingan setiap hari?Siapa yang nak beri motivasi pada aku?Sudah pastilah diri sendiri,siapa lagi,kan..Aku yakin aku BOLEH!!!!

Hari ni aku ‘keseorangan’ meredah laman web blog ni.Kawan aku yang selalu menemani nampaknya belum menunjukkan diri.Hm..bosan jugak la..Tapi, tak mengapa,mungkin dia belum bangun tidur.Huhu..

One thought on “Alahai…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s