pinky…

Hai..hari ini hari selasa,27 November 2007..Esok aku akan tinggalkan kota metropolitan ini dengan seribu kenangan..Kenangan online kat tempat orang,jalan-jalan sampai malam..Tengok hujan di pagi hari (kebetulan hujan pulak pagi tadi)..

Hari ni mcm biasa aku bangun dan bersiap ke pusat komputer ni.Meng’online’kan diri.Hehe..Rindu nak menaip..Actually dunia aku ni bosan kalau tidak menaip dan menulis.Sebab tu aku nak buat blog sebab aku nak luahkan isi hati aku dengan cara menaip.Even tak boleh bercakap,tapi hati lebih tahu apa yang ingin diluahkan..Betul tak..??

Hm..hari ni agak ceria bagi aku.Tak tahu lah kenapa,maybe sebab aku pakai baju pink..Alahai,comelnye.Hahaha…Dah lama tak pakai baju pink,rase mcm kanak-kanak pulak.Hihihi…Tapi hari ni jek,naik sem nanti segan la pulak..Tak ape lah,kat sini tak ade sapa yang kenal aku.

Hm..hari ni ade cerita ‘Jelatang’ di tv 3,tapi aku tak dapat tengok sebab tv kat bilik ni tak dapat channel tu.Hm..sedih betul!Tak ape lah,aku boleh tengok di youtube.com.Lagipun dah biasa tengok dengan kawan-kawan di kampus.Online je senang..Tapi biasanya tengok dengan kawan-kawan lagi best sebab kami ni kaki kepoh dan kritik sikit,so ade je lah yang nak dikutuk nya.Hehe..Tapi tengok di rumah dan sorang-sorang kurang lah sikit kepohnya,tapi kritik tetap kritik.Geram tengok cerita tu,ada ke anak nya boleh bercinta dengan ayah tiri sendiri,tu boleh tahan,tapi yang teruknya:boleh ketepikan ibu dan kemurkaan Allah!!isy2..nauzubillah..Ada tak cerita macam tu pada zaman realiti ni eh??Minta-minta lah orang macam tu dah pupus dari dunia ni..

Malam tadi ade cerita ‘Dunia Baru’,pun aku tak boleh tengok.Aku suka cerita tu,pasal student universiti.Macam-macam yang jadi sepanjang satu sem tu.Macam real jek..Dunia Baru 1 aku tengok memang best.Aku bagi 5 bintang.Sebab dari drama tu aku mula menyukai Elyana dan Pierre Andre.Hehe..Yang bestnya,Elyana(Opi) yang brutal tu pun boleh jatuh hati pada sorang laki dalam kelas dia ni.Yang laki ni pulak disukai jugak oleh orang lain.So,Opi ni ada saingan la..Tapi dia tidak berputus asa,nak jugak dapatkan laki tu.Caya lah dengan Opi.heheheh…Dan akhirnya dia dapat jugak berkawan dan bercinta dengan laki tu,malangnya tak la bahagia sangat.Pulak..Hm..

Cerita tu tidak sama dengan cerita aku yang sebenar di alam universiti ini.Mula-mula masuk,aku tak aktif pun,maklumlah ‘budak skema’.Tu pun ada seorang kawan aku ni cakap macam tu.Tak pe la.Memang aku skema agaknya..Eh,bab-bab alam universiti ni nanti aku ceritakan di page yang lain.Yang ni cerita khusus bangat…Hehe…

One thought on “pinky…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s