alam kedewasaan….

Cerita Ceriti zaman aku sekolah dulu memang banyak..Walaupun aku tak aktif banyak persatuan dan sukan,tapi aku ade la jugak masuk ape-ape acara di sekolah.Masa di sekolah menengah la yang banyak aktiviti dan pengalaman.Sebab sekolah rendah belum tahu hidup lagi.Hehehe…

Sekolah lama dulu,tak banyak acara aku sertai.Tapi masa di sekolah baru,cikgu-cikgu sibuk cari aku.Wa…nak kata glamour tak la,tapi boleh diharap gak aku ni eh.Hehehe…Aku banyak jugak la sertai kuiz-kuiz di peringkat sekolah dan daerah. Bukan lah pandai sangat pun,cuma nak tambah pengalaman dan sijil yang ada.Lagipun boleh berjalan ke sekolah-sekolah lain sama.Bile lagi,ni la masa yang paling tepat.Dan sekarang ,alhamdulillah sijil-sijil aku banyak jugak lah.Heheheh…Yang aku paling tidak boleh lupa ialah masa tingkatan 4,aku dipilih sertai wakil sekolah ke acara kawad badan beruniform peringkat daerah.Aku ni bukannya aktif sangat pun sukan,tapi nak la jugak tambah sijil dan ada kenangan sebelum aku tinggalkan sekolah tu,kan..Masa tu berlatih sakan la.Petang lepas sekolah ‘stay back’ di kantin,Makan tengahhari dan berlatih petang tu.Dalam dekat beberapa minggu jugakla.Masa tu ada pulak acara hari sukan sekolah hendak dibuat,jadi kami perlu berlatih juga untuk hari sukan tersebut dan melawan unit-unit beruniform yang lain.Jadi,apa lagi,dari pagi hingga petang la kami berlatih kawad.Kulit jangan kata,macam-macam warna ada.Dari putih dah ke coklat gelap,yang coklat pulak ape lagi.Hehehe..Aku banyak tak masuk kelas,lepas tu periksa pun dapat keputusan rendah la..ape lagi,abah aku marah.Tapi itu tak mematahkan semangat aku.Nasib baik masa Hari Sukan tu unit kami menang.Berbaloi la jugak,kan..Tak lama lepas tu, hari pertandingan kawad antara sekolah pun berlangsung.Kami tak ade rezeki,tak dapat memenangi tempat tertinggi.Sedih jugakla.Tapi tak mengapa,sekurang-kurangnya sijil yang tebal dan putih tu dapat aku simpan sampai sekarang.Malangnya gambar masa pertandingan tu tak dapat diambil. Lepas pertandingan tu,masing-masing sibuk nak putihkan semula kulit.Hahah..rasakan penangannya..

Jadi,lepas pertandingan kawad itu,aku mula menumpukan semula perhatian kepada peperiksaan yang bakal menjelma.Tak mahu abah dan emak marah lagi.

Tingkatan 5-aku tak sertai aktiviti sukan sangat.Tapi kuiz-kuiz pulak aku masuk.Darii kuiz sejarah ke Pendidikan Islam,semua aku sapu.Heheh..bukan pandai pun,masuk je la,cikgu dah suruh.So malam tu mengadap buku la aku,nak kuiz esoknya.Siap buat nota,macam nak periksa ni..Tu semua kenangan yang aku tak dapat lupakan.Masa nak dekat peperiksaan besar SPM,macam-macam tusyen dan kelas tambahan yang pihak sekolah anjurkan.So,sebagai pelajar skema,aku pun join je lah.Sebelum ni aku lemah sangat subjek Matematik,tapi ada satu hari,aku rase nak baca setiap muka buku rujukan matematik tu dari awal hingga kulit belakang buku tu aku study.Barulah aku faham apa yang sebenarnya cikgu math aku ajar selama ni.Dan alhamdulillah masa peperiksaan percubaan,aku boleh jawab dan dapat keputusan yang mengejutkan aku.Dan dari situ aku tahu yang aku perlu berusaha keras untuk mencapai sesuatu.Bukannya susah sangat dan bukannya senang. Lepas tu aku boleh bantu cikgu aku ajar kawan-kawan aku di dalam kelas.Tapi mana yang rapat dan nak belajar je lah.Hehehe…Mase SPM yang sebenar,aku belajar sedaya upaya jugak,tapi mungkin rezeki aku hanya setakat itu sahaja.Tak apa ,aku masih bersyukur sekurang-kurangnya keputusan aku lepas untuk aku melayakkan diri ke matrikulasi.Alhamdulillah aku diterima ke matrikulasi yang terletak di utara tanah air.Sebenanrnya aku tak pilih matrik tu,tapi dah dapat dan aku dengar matrik tu antara matrikulasi yang bagus dalam perakaunan.So,aku pun merelakan diri berpisah dengan keluarga untuk menyambung pelajaran selama satu tahun di sana.Alhamdulillah rupanya keputusan aku untuk sambung pengajian di situ tidak merugikan kerana macam-macam ragam manusia dan pengalaman hidup yang aku dah timba.Dari susah hingga senang,berkawan,bermasam muka semua dah aku alami.Kelakar rasanya.

Kolej MARA Kuala Nerang-walaupun namanya tidak seGah matrikulasi lain,namun nama tidak menggambarkan keseluruhan isi nya,bukan.Bak kata orang Inggeris ‘Don’t judge the book by its cover’..Memang keadaan dalam kolej tersebut tidak terlalu besar dan cantik tetapi makan minum kami ditanggung oleh pihak MARA.Tapi duit tetap dapat.Cuma agak lewat dari matrikulasi lain.Di kolej itulah aku belajar-bukan sahaja subjek yang diajar, malahan cara hidup,pergaulan dan semangat ukhwah antara satu sama lain diterapkan dalam diri setiap pelajar. Di kolej ini,bilangan pelajarnya tidak terlalu ramai,kerana kolej ini hanya menyediakan kursus Perakaunan sahaja.Jadi setiap antara kami hampir mengenali satu sama lain.Kami lebih rapat dan bertegur sapa ketika menuju ke dewan makan.Surau yang dulunya uzur telah dibaikpulih dan dapat menampung bilangan pelajar yang bertambah ke surau untuk solat pada setiap waktu.Oleh itu,kami sangat rapat antara satu sama lain.Sebut sahaja nama atau lihat sahaja muka,kami boleh cam mereka.Sehinggakan jika azan dikumandangkan oleh pelajar lelaki,semua pelajar boleh mengenali bilal tersebut.SESUNGGUHNYA AKU SANGAT RINDU SAAT-SAAT DI MATRIKULASI!!! Kalau diberi peluang,aku kepingin sekali menjejakkan kaki ke situ lagi.Tapi jarak yang jauh dan masa serta kewangan yang tidak begitu stabil membataskan aku untuk ke sana.

Setelah setahun menghabiskan pelajaran dan pelbagai pengalaman yang ditimba,tibalah waktu untuk berpisah.Aku tahu semua pelajar tidak sabar untuk pulang ke rumah tapi dalam waktu yang sama tidak mahu berpisah dan meninggalkan kawan-kawan,guru-guru dan bangunan-bangunan kolej ini.Tapi apakan daya kawan-kawanku,kita harus juga meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang di tempat lain.Hanya kenangan yang kita tinggalkan untuk dikenang bersama.Susah senang yang diharungi telah mematangkan kita,bukan..Aku sendiri telah merasa sedikit matang berbanding dahulu bukan sahaja dari segi perwatakan dan penampilan tetapi dari segi cara pergaulan juga.Kolej MARA Kuala Nerang kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang tidak mungkin kami perolehi di tempat lain..

Dengan keputusan yang aku perolehi di matrik,aku diterima masuk ke Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di Skudai,Johor untuk menyambung pengajianku selama 4 tahun dalam jurusan yang aku pilih. Alhamdulillah,aku memang tidak menjangka yang aku akan dapat belajar di sini.Pengalaman di sini juga begitu banyak dan meyeronokkan tetapi tentulah tidak sama seperti di matrikulasi.Di universiti,pelajar-pelajarnya menjalani hidup dengan cara mereka sendiri,yang tidak kenal tidak kenal lah,jarang bertegur sapa,mungkin kerana batas kerja dan kesibukan yang dihadapi agak menghadkan pergaulan. Selama dua sem aku disini,kami bertambah rapat  kerana hanya ada seramai 60 pelajar sahaja dalam satu kelas. Jadi,bolehlah mengenali satu sama lain.

Apabila masuk ke tahun dua, bilangan pelajar semakin bertambah dengan kemasukan pelajar Diploma dari UTM City Campus,KL.wah..majoritinya perempuan, hanya ada beberapa orang lelaki.Biasalah, yang perempuan tu kita tak kenal,tapi yang lelaki memang lebih mudah kenal.Dah lumrah manusia,bukan..Hehehe..Terus terang aku katakan aku tidak selesa dengan pelajar lelaki kelas aku tu,mungkin cara mereka yang seperti sombong dan banyak pengalaman itu membuatkan aku sedikit jengkel terhadap mereka. Tapi masa merubah segalanya apabila aku antara pelajar perempuan yang banyak mengenali mereka. Tapi sesetengah sahaja.Macam mana boleh jadi macam itu??Panjang ceritanya.Rasanya tangan ini sudah lenguh menekan kekunci komputer ini. Aku biarkan sahaja cerita ini tertangguh dan bersambung di lain masa.Yang pasti hidup aku semakin berwarna warni sekarang dengan pelbagai cerita dan perasaan.Hahahah….

 

5 thoughts on “alam kedewasaan….

  1. zuriaf says:

    hahaha..pelajar lelaki di kelas awak menjengkelkan…siapa agaknya ye..?? adakah semuanya..?? adakah seorang saja..??

    ohh, hidup dah semakin berwarna warni…semakin ceria eh…ermm, pasti ada sesuatu yang menarik untuk diketahui kan…hehehe..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s