Kuala Lumpur…

Hari ni aku berada di sebuah kota metropolitan yang aku rasa semua orang ingin menginap di dalamnya.apa aku buat kat situ?Hm..mak aku ade kerja yang perlu dilakukan di sini.Ade la dalam 3 hari,so kami menginap di bilik tamu salah sebuah institusi pendidikan tinggi yg ada di tengah-tengah kota metropolitan ini.Malangnya kedatangan kami benar-benar tepat pada peristiwa yang menggemparkan negara.Peristiwa itu adalah peristiwa rusuhan satu kumpulan kaum (atas alasan mereka sendiri) di sini. So,banyak jalan yang ditutup lebih-lebih lagi Jalan Ampang.Putra pun tk lalu kat situ.Hampeh..

Aku bertolak ke KL ni pada jam 9.05 pagi dengan menaiki kapal terbang.Dalam 45 minit lepas tu sampai lah kami kat KLIA tu.Naik bas ke Kl Central,makan tengahhari di sane n bergerak ke bilik tamu ni..malangnya bilik tamu ni  tak seperti yang diharapkan sebab tv nya pening-pening.Sedihnye..Tak apelah,yang penting ade tempat untuk tidur..

Malam tu lepas balik dari Jusco, aku lihat banyak kaum yang terlibat dengan rusuhan itu masuk ke Balai Polis yg berhampiran dengan bilik tamu aku ni.So,jadi buzybody sikit la.Hahahah…Tak apela,itu hal mereka,aku cuma mampu lihat dari jauh dan berdoa agar keadaan menjadi stabil dan selamat semula.

Berbalik pada Kota Metropolitan ni,aku rase macam tidak berkeinginan untuk menginap di sini.Maksudnya punyai rumah dan bekerja dalam tempoh yang lama di sini.Sebab keadaannya yang sibuk (mungkin tidak secocok dengan jiwa aku yang sentimental ni).Hahaha….Lagipun aku jarang datang ke sini walaupun aku dilahirkan di sini.Jiwa aku lebih senang dengan tempat aku sekarang iaitu Johor Bahru.

Datang ke Kuala Lumpur tanpa berjalan-jalan dan melihat pemandangan di sini mungkin satu kerugian bagi sesiapa yang jarang ke mari (termasuklah aku).Mana tidaknya tak ade geng untuk di ajak berjalan dan tiada sesiapa untuk menemani.Adelah orang yang tawarkan dirinya,tapi mak aku tak izinkan pulak (sebab dia lelaki).So,aku fahamlah dan dengan hati yang gundah gulana,aku perlulah survive sendiri di sini.Mungkin dalam beberapa hari lagi aku akan berkeadaan sebegini.Tak mengapa lah,at least tak ade lah duduk di rumah saja.

Hm..nmpaknye hanya ini sahaja yang boleh aku coretkan pada hari ini..Nanti aku masuk lagi,masih banyak perjalanan hidup perlu ku catitkan di sini..selamat siang….

2 thoughts on “Kuala Lumpur…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s