Cara Melembutkan Hati Lelaki?

Published Mei 21, 2009 by sweet potato

Semalam aku tengok satu rancangan,Jangan Tidur Lagi…Dalam rancangan tu ada slot motivasi oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang memberi tips kepada kaum wanita untuk melembutkan hati lelaki..

Ha…ada la tips nya,akan aku amalkan..Hahah..pada sape?Mmm…ada la…

Antara tipsnya ialah memberi pujian dan sokongan kepada lelaki,sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang (eee…..:-P),membuatkan minuman dan makanan kegemarannya dan lain-lain….Amboi2….orang perempuan memang selalu memasak,bukan hanya makanan kegemarannya saja,tapi makanan kegemaran satu keluarga tau.Tu pun ada yang tak bersyukur cakap makanan yang isteri masak tak sedapla…Kalau tak sedap,masak sendiri la.Huhu…mana taknya,tak sedap2 pun,tambah lagi dua pinggan…Huhu…Tapi tak boleh salahkan jugak kalau memang isteri tu tak pandai masak ke,kan..Hehe…Itu aku no komen..Aku sekarang ni pun sedang mahirkan ilmu memasak .Kemudahan di masa depan.Hehe…

Ada jugak perempuan yang bagi lelaki hadiah walaupun hadiah tu tak berapa sesuai untuk lelaki.Contohnya macam aku.Aku ada bagi Si Dia hadiah  bekas letak pen Mini Mouse,memang la macam perempuan tapi aku beri hasdiah tu supaya dia ingatkan aku bila terpandangkan mini mouse tu.Yelah,mini mouse kan pasangan mikey mouse,kalau dia terima hadiah tu,aku beli hadiah mikey mouse untuk aku pulak,seolah2 aku terpandangkan Dia bila melihat Mikey Mouse yang hensem tu.Tapi dia tak terima hadiah mini mouse tu,aku sedih gak la…Dia tolak mentah2…Rasa nak campak je Mini Mouse tu tau…Tapi hati aku terhibur bila tengok anak buah lelaki aku suka kat mini mouse tu dan peluk bagai dia yang punya…Aku terharu sangat,macam nak menitis gak la hati aku masa tu.Terutamanya bila teringatkan tindakan Dia pada aku tu.Tak pe la,lepas ni aku tak pasti sama ada ada lagi hadiah untuk diberi pada Dia.Kalau dia tak nak tunjuk kat sape2 pun hadiah tu,apa salahnya terima je pemberian aku tu,kan…

Hm….pada aku tu namanya tak romantis..Itu yang dinamakan nak menjaga hati jika hati kita pun tak dijaga.argh!!!Biar la…Sekarang  ni lebih baik aku jaga hati aku sendiri,kan..Huhu…

9 comments on “Cara Melembutkan Hati Lelaki?

  • mcm mna kita nak wat sesuat2 spya llki pcya kat kita..dlm masa y sama kita xmaw gdh n lau bleh nak elakkan semua tue..kdgkala sya mderita hmpir dstp ary dsebeb kan c dia..beb aku xwat slh pa smua mst dbsr2kan ..lgpun knp masa silam aku skrg y tbgkit2 n bila dia ungkit kisah silam aku jdi rsa tsiksa benda y xpena kita fkr y sdh kita buang jau2 kita akn dtindas n dpersoal kan..aku rsa trsiksa dgn smua nie… aku nak bahgia bkn n mderita ..kdgkala aku hmpir nan hentikan hdp dgn c dia tpi aku xsgup beb aku syg kan dia…c dia kata syg tpi knp xpena fkr kan kita punya prsn y mderita tgung smua sdgkan c dia taw y sya nie bnyk mslh y kena pikul…aku fkr kan smua org mna lg fmly c dia y x mrestui kami…tpi knp dia sering jak tnya soalan y mykit kan kkdg sbr msi lg boleh aku bthn tpi kkgdg aku nie mcm maw mati hga xsgup tuk mlwan smua…dia ckp la aku nie2 y xksudahan nya….pa y hrs sya lakukan tuk bek pulih kan agar kisah silam syg bkn slh satu pyebab n mcm mna sya maw buka pintu hati nya tuk trima sya seadanya…plzzzzzzz sya perlukan bantuan..

  • btl juga kn…kita x blh menjangka prkara yg kita x tahu kn terjdi juga..,kadng aku pun mcm tu,tp dulu lh..tp skrng aku dh menemui cinta sejt yg sudh lama aku cri..,insyaallah kalau ada jodoh kami x lri ke mana juga kn..,kalau di takdirkan kami untuk bersma syukur alhamdudillah…tp aku x kan berhenti berdoa,tawakal dan berusha…

  • entahlah..kadang2 pening kepala pk hal lelaki ni..tapi bila hati dah syg..kite tabahkan jelah..tapi atas nasihat yg berpengalaman, jangan buat pe yg lelaki xsuke..walaupun kite terpakse tinggalkan ape yg kite suke..

  • seharusnya kite selalu terfikir dimana kah letak cinta dan kasihnya pada kita…tak kisah la wanita mahupun lelaki..kadang kala wanita ni tak perasan bahawa hati sang kekasih kecil hati.. lebih baik bila beterus terang tentang sesuatu yang kita terasa akan perbuatannya dengan keluhan ikhlas tanpa selindung apa2..insya ALLAH si wanita tentu akan memahami andai satu hari nanti dia di tempat anda…….

  • sori,sy lama tk update blog ni sebab sy tk aktif blogging…and because sy tk nk org tau prkmbgn hati sy ni.hehe..

    actually entry ni saja2 ditulis,bkn untuk lembutkan hti laki pn,juz wrote for suka suki je.

    pd sy,melembutkan hati lelaki lebih meluas caranya,bkn sekadar memberi pujian.kadangkala kasih syg kita boleh tunjukkan secara tidak sengaja..means bkn la setakat membelai sahaja.mungkin dengan cara kita ambil berat,melakukan aktiviti bersama juga boleh merapatkan kasih syg antara kita dgn dia.

    saya pn tk berpengalaman sgt la bab2 ni,sy sndiri blm berkahwin dan masih mengenal hati budi lelaki.

    reply to :
    atenuar ~ mmg kita biasanya akan tgglkan benda yg kita suka,yg menyesakkan nafas kita sbb kita
    kena adapt dgn cara die.rimas jg..sbb rasanya mcm die tk nk terima cara kita.tp tu la
    namanya ‘give n take’ dan melengkapi each other. contoh mcm sy..’kwn’ sy ni suruh sy
    tgk National Geography..1 program yg sy tk minat.waaa….tp die sgt minat…dia kata dr
    tgk drama je n tgk Lisa Surihani + Yusri KRU kawen,baik tgk Nat, Geo tu…rimas tk
    agak2.hehehe…dan sy jwb..’ kla sy,cube tgk..tp cube je la..’. hehehe…tkpe,ada jg
    usaha dr pihak kita,kn..

    aleya~ byk lagi cara lain..tp skrg ni tk de idea.hehehe..

    ira ~ semoga anda berdua selamat diijabkabulkan dan hidup bahagia ye :-)

    pretty ~ sy bukan la pemberi nsht yg bgs sgt,tp sy blh bg pndpt sy je..jika di saat ini awk msh bermasalah dgn dia,awk blh bykkan brdoa agar dibukakan pintu hatinya dan family die utk trima awk.Selain tu,awk brusaha tmbat hati die dgn cara lakukan yg die suka,tp jgn pula smpai awk kna korban kan sgt2 kehendak awk sdiri.sy tau awk dh byk cuba,tp awk kna lbh bykkan sabar dan doa sekiranya awk msh nk bersama dia.tapi andainya terlalu sukar utk awk dan dia disatukan,mungkin awk bukan dijodohkan utk brsama die..jika awk org Islam,mungkin blh dibantu dgn solat istikharah..sebenarnya sy pn tgh bermasalah ni,perlu solat istikarah jg.hehe..solat itu bkn shaja utk mncari jwpn berkenaan jodoh tp utk mencari petunjukk Allah bg memudahkan kita selesaikan mslh.InsyaAllah dengan ikhlas hati kita tu,Allah akan bantu.Sekiranya die bkn jodoh awk,belajar la untuk terima hakikat dan percaya bukan dia sahaja utk awk.Maaf jika sy slh ckp ye… :-)

    nabilah ~ mmg sy lebih suka berterus terang dgn kwn sy,agar sy tk menyimpan trlalu lama.sama2 menerima pndpt,kelebihan dan kelemahan msg2.. :-)

  • Sy baru couple dgn bf sy..dy gtau dy pnah couple dlu..dorg clash sbb ex-gf kne kawin dgn org lain..ms mla couple sy rs bhgia cgt dgn dy..sy rs slmt bla dgn dy..sy rs disayangi..tp skrg dy cti semester dan blik kg..ktorg jrg msg sbb dy xde duit nk topup,dy malu nk minx dgn parents dy..sy faham.jadi sy la yg kol n msg dy..tp tbe2 dy ckp dy nk ktorg jd kwn jer,sbb dy xrs couple dgn sy mcm couple dgn ex-gf dy..sy sdh sgt..sy tahu dy trus trg dgn sy sbb dy xnk permainkan sy..sy syg dy..ap yg patot sy wat..pls tlg sy..

    • Assalamualaikum cik Munirah,
      saya cuma dpt bg pndpt sy, dan tk tntu pndpt saya tu betul dan ssuai dgn situasi cik munirah ye.tp mungkin sedikit sbyk dpt mmbantu bantu rawat hati cik munirah :-)

      bagi saya, kita semua tk tntu dapat apa yg kita inginkan dalam hidup ni.begitu jg dgn bf cik munirah tu.Percintaan kali kedua atau perkahwinan kali kedua sekalipun tidak akan sama dengan yg kali pertama. pada pendapat saya, cik munirah blh nasihat kepada bf yg sepatutnya menerima percintaan dia dn cik munirah ni dengan seadanya dan tidak membandingkan yg dulu dengan yg sekarang. lagipun, menurut cik munirah, ex-gf die tu nk berkahwin dgn lelaki lain,kn..jika jodoh ex-gf die dgn lelaki lain, bf cik munirah kena terima dan tntu dia dan ex-gf dia tu tk dpt bersama jg, jadi dengan siapa pun bf cik munirah tu bercinta selepas clash dgn ex die tu, samaada dgn cik munirah atau org lain, mungkin tidak akan sama jg dengan ex-gf die tu..setiap org tak sama cara dan perwatakannya,kn.. Kita kena usaha terima pasangan kita tu dengan seadanya sebab sdh tntu kita suka pd dia dlu sebab perwatakannya,kn..begitu jg dgn bf cik munirah tu.

      Cubalah cik munirah usulkan kata-kata ini kepada bf cik munirah, mungkin lembut hati dia dan dapat menerima segala kenangan lalu sebagai pengajaran seterusnya dapat meneruskan hubungan kalian berdua hingga perkahwinan nanti.

      Saya tidak tahu bagaimana hubungan kalian berdua semasa bercinta tetapi saya hanya dpt beri padangan berdasarkan situasi sekarang sj ye. Mungkin cik munirah jg boleh menarik perhatian bf dengan cara cik munirah sendiri. Mungkin ada pelbagai cara yg biasa orang lakukan seperti lebih ‘caring’ pd bf (tetapi jgn sampai bf terasa rimas pula ye), masakkan masakan kegemaran bf, tidak mendesak atas sesuatu perkara,cuba memahami bf atau buat surprise untuk bf tanda anda sayangkan dia. Tapi ingatlah, besederhanalah dalam sesetengah perkara kerana sederhana itu tidak merugikan. Maksud saya, jgn terlalu mengharap bf akan rasa sangat seronok dgn apa yg kita lakukan kerana sekiranya reaksi bf itu tidak seperti yg kita harapkan,nanti kita sedih,kn..Apa pn, yg penting kita ikhlas melakukannya dan seronok dpt lakukan utk die.InsyaAllah dia akan ‘nampak’ usaha cik munirah itu dan ingin meneruskan hubungan kerana dia rasa memerlukan cik munirah.

      Selain itu, selepas usaha dilakukan, jgn henti2 berdoa dan berserah pada Allah kerana Allah lah pemilik hati kita dan dia, dan Dia sahaja yg tahu apa yg akan jadi selepas ini. Dalam masa yg sama, cik munirah perlulah menguatkan hati sendiri juga agar tidak terlalu sedih dan sunyi tanpa dia.Berdoalah pd Allah agar dikuatkan jodoh dgn bf. Juga berdoa untuk hati kita agar tidak terlalu sakit dan sedih andai ditakdirkan tiada jodoh dgn dia, ye.. Kita sebagai wanita, perlu simpan setengah rasa sayang pd diri sendiri agar tidak terlalu sakit di kemudian hari,kn..

      Sekiranya dia masih tidak dapat menerima dan inginkan perpisahan, pd pendapat saya, lepaskanlah dia. Kerana mungkin kita akan rasa sakit jika kita terus memujuk dia tapi dia tetap tidak menerima cik munirah atau dia menerima kerana terpaksa. Kuatkanlah hati cik munirah menghadapi segala kesulitan tersebut kerana saya faham perasaan cik munirah.Sy juga pernah mengalami kesakitan tersebut. Berdoalah untuk dikuatkan hati kita dan usahlah berdendam dgn bf. Berfikirlah secara positif mungkin cik munirah akan berjumpa dgn lelaki yg lebih baik dan memahami cik munirah. Allah lebih mengetahui segalanya, termasuk masa depan kita. Allah tahu apa akan jadi jika kita masih bersama dia, dan Allah tahu siapa yg lebih sesuai untuk kita sebenarnya. Perbaiki diri untuk jadi lebih baik dan jangan fikir masa lalu. Looking forward, ok!! :-) saya tahu cik munirah kuat orangnya dan InsyaAllah Allah akan membantu hambaNya yg berusaha dan berdoa kepadaNya.Jika ada jodoh dia dgn cik munirah, InsyaAllah bersatu juga suatu hari nanti,k..

      Saya ingin minta maaf jika ada kata-kata sy yg tidak sesuai dgn situasi atau mengguris perasaan cik munirah, tetapi syg hanya inginkan cik munirah kuat dan sabar menghadapi kesulitan ini.

      *psssstt…ada byk cara nk kuatkan hati tau – dengar ceramah agama, banyakkan berzikir dan mengaji, tonton cerita kelakar supaya kita ketawa, bz kan diri dan… yg plg pntg, aggp dia jg sebagai kwn je.

      Saya dulu pn prnh diuji dugaan seumpama ini, tapi situasi kita berbeza.So, sy blh cuba brkongsi apa yg sy prnh buat utk hati sy dgn cik munirah :-)

  • Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: