Latest Entries »

~terima kasih Allah~

His the one,the special in my heart nOw..thanx to you for giving me a great day and make me happy,dear..:-) And a big thank you to Allah for sending him to me and You give me one more chance on dis kind of feeling,Ya Allah..THANK YOU VERY MUCH..and i pray for Your blessing to us…amin…

semoga kita diberkati olehNya dan kita usaha untuk tidak melakukan perkara2 tidak elok ye..amin..

:-) memanjang…..hehehhe….

perasaan..

Blog!!!apakah yang aku rasa sekarang ni?aku confuse!!kadang2 aku suka,tapi kadang2 aku berhati2 dan menafikan..tapi cara dia tu buat aku rasa mcm tk prcaya..aku risau dia main2 dan akan kembali hilang tatkala melihatkanku dan mengenali secara berdepan.aku takut dia akan pergi seperti yang lain,makanya aku hanya menganggap perhubungan ini tidak lebih dari kawan sahaja.aku serahkan semuanya pada Allah Yang Maha Esa.Aku akan amalkan lagi doa itu setiap hari keranaMu Ya Allah dan dia juga meminta aku mengamalkan doa itu juga.terima kasih kak erin..Ya Allah jauhi aku dari maksiat dan jauhkan hatiku dari kesakitan lagi..amin..Aku mohon dengan sepenuh hatiku Ya Allah..semoga apa yang aku lakukan di bawah lindunganMu Ya Allah..amin…

Tak yah tajuk la..

Hm…lagi2 soalan yang sama..bosaannnnnn!!!!Officemate aku,nenek tu..adooiiii….aku belum jumpa lagi la…tak yah la tanya2 boleh tak?rimas…dh tu perlu ke tanya depan sepupu2 aku?dengan malunye terpaksa la aku cakap’TAK DE,NEK’!haaaa….tensen!tp alhamdulillah,nenek tu mahu jugak doakan aku..terima kasih,nek…

Aku teringatkan ko la..cane ni?ko dh la jauh,kang aku nyanyi lagu ‘Ku Menunggu’ kang..terkejut ko.kui2..tkpela,malas aku nk kaco n harapkan ko lagi.Ko tu orang punye,aku ni sape la..haha..ayat sedih jek..sedih ke?waktu ni tak la sedih..tapi aku rasa nk remove je ko dari fren list aku sbb aku tk nk tgk ko lagi,tp adakah aku rela??haiii…

agak2nya..bila ye aku nak perolehi rasa seperti itu?bila aku tengok cerita Kitab Cinta,buat aku rasa…ntah la,sukar nk aku gambarkan perasaan aku bila tengok citer tu..mungkin aku rasa damai sbb dorang pakai tudung kot..aku rasa seronok…:-)

Fantasi Cintaku..

Sebuah kisah cinta fantasi yang mengisahkan percintaan 2 manusia yang berlainan dunia..Riya seorang gadis cantik yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital,mempunyai kisah keluarga yang tidak berapa jelas di mana ibu bapanya yang terpaksa berpisah disebabkan suatu keadaan berlainan dunia.Bapanya berketurunan Bunian manakala ibunya gadis biasa berkahwin dan melahirkan seorang puteri bernama Riya.Riya terpaksa tinggal dan dibesarkan oleh makciknya yang sangat sayang kepadanya tetapi agak garang apabila Riya bertanyakan tentang orang tuanya kerana makciknya tidak mahu mengungkit soal keturunannya yang tidak jelas.Riya juga dikurniakan satu keistimewaan di mana dia boleh meramal masa depan sesorang sehingga ramalannya mendatangkan keburukan pada orang2 di sekelilingnya.Dia juga dicintai oleh seorang lelaki yang merupakan pesakit yang pernah dirawatnya dan sembuh,juga melalui keistimewaan yang ada pada Riya.

Riya bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Megat Dewa Alam yang ditemuinya di sebuah lorong gelap yang dibasahi hujan pada suatu malam ketika dia pulang dari hospital untuk ke rumah.Alam..lelaki yang dipanggil sehingga kesudahan cerita merupakan lelaki yang bertakhta di hati Riya walaupun Riya tahu mereka tidak mungkin bersama seperti manusia lain..Alam sangat mengetahui perihal kisah keturunan Riya manakala Riya pula samar tentang diri Alam.Alam sentiasa berada dalam fikiran Riya sejak mereka bertemu di lorong tersebut. Riya semakin ingin mengetahui perihal diri Alam yang sangat misteri kerana hanya muncul di waktu malam dan di dalam mimpi-mimpinya. Alam merupakan seorang lelaki yang digambarkan kacak dan sangat elegan di dalam suite jaket hitamnya dam memiliki raut wajah yang sukar dilupakan.

Alam berasal manusia biasa namun disebabkan angkara sebuah cerita silam berkurun abad yang lalu,menyebabkan dia menjadi manusia yang sangat tua di alam Riya.Namun dia tetap kelihatan muda disebabkan peristiwa tersebut.Alam merupakan seorang vampira yang memberi Riya cinta dan kasih sayang sehingga mereka akhirnya berkahwin dan dikurniakan anak kembar putera dan puteri.Namun,mereka hidup berdua tidak lama apabila Alam terpaksa meninggalkan Riya membesarkan anak2 mereka seorang diri. Namun Riya redha dan merelakan pemergian Alam kerana cintanya yang begitu suci dan agung kepada Alam walaupun Alam bukanlah manusia biasa.

Namun,takdir menemukan Riya dengan seorang lelaki yang mirip seperti Alam..apakah yang terjadi seterusnya??
Riya menyangkakan lelaki itu adalah Alam,kerana lelaki itu tinggal di rumah yang pernah dihuni Alam sebelum ini.Rupa-rupanya lelaki itu merupakan cicit kepada Alam..Akhirnya mereka ditakdirkan bersana hingga ke akhir
cerita..

Cerita ini kelihatan seperti sangat tidak masuk akal dan tidak logik kerana berkait dengan alam dongeng dan fantasi yang sangat tidak relevan.Namun,bagi aku,aku tidak pernah lagi menemui cerita novel cinta yang sebegini kerana selama ini semua cerita yang aku pernah baca merupakan kisah yang sama je.Cinta..cinta..cinta yang sanga bosan,jalan cerita yang lembab kadangkala,juga sudah tahu akhir ceritanya..hm…novel ini telah memberi impak baru kepada aku untuk terus mencari karya2 novel yang bermutu dan lain dari yang lain..pencarianku tidak tamat kerana aku tahu pasti banyak lagi cerita ada di luar sana meskipun dalam pelbagai genre..kelakar,seram,fantasi,romantik dan sebagainya kerana Allah telah mengurniakan pelbagai kekreatifan dalma diri manusia bergelar novelis…pasti mereka ada cerita2 baru untuk dikongsi..yang penting..AKU PENCINTA NOVEL!!

aku yg tensen…

Swift ke,Triton ke,Peugeot ke..hm…abah aku pulak dok asyik tnye nk beli ape..aku ni mane la ada duit nk beli keta mhl2 cam tu…tunjuk tu mmg senang,tp nk membelinye,mkn angin je la jwbnye bile dh mula byr muka tu.adoi….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.